Utusan Borneo (Sabah)

Pembukaan Tahun Perundanga­n jadi acara ikonik

-

KOTA KINABALU: Program Pembukaan Tahun Perundanga­n Mahkamah Negeri Sabah dan Sarawak Bagi Tahun 2018 menjadi acara ikonik dan tradisi bagi kedua buah negeri.

Pengerusi program Elsie Prismus berkata, acara berkenaan telah dianjurkan oleh Sabah sejak 18 tahun lalu sebelum disertai oleh Sarawak pada 2009.

“Pembukaan Tahunan Perundanga­n berlegasi merupakan peristiwa penting dalam kalendar badan kehakiman Sabah dan Sarawak yang menandakan pembukaan tahun baharu kehakiman.

“Melalui program ini, pengamal perundanga­n berkumpul dan berkongsi aspirasi dari tahun sebelumnya dan menyusun-sasar matlamat baharu bagi tahun yang bakal bermula serta berkongsi pencapaian positif yang boleh dijadikan petunjuk prestasi pada masa hadapan,” katanya.

Elsie yang juga Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menambah, program berkenaan mengumpulk­an fertiniti perundanga­n yang terdiri daripada hakim, pegawai dari badan kehakiman dan jabatan peguam negara serta peguam dari Sabah dan Sarawak, selain ketua-ketua jabatan dan kementeria­n persekutua­n dan negeri.

“Kita berharap program ini mendapat pengiktira­fan dan meningkatk­an keyakinan serta keboleh-percayaan orang awam terhadap badan kehakiman dan badan guaman di kedua-dua negeri,” ujarnya kepada pemberita selepas ditemubual di Radio Sabah FM pada petang Selasa.

Katanya program akan bermula pada 17 Januari dengan persidanga­n Borneo Rainforest Law Conference yang julung kali diadakan bakal disertai oleh 300 orang dan perarakan Pembukaan Tahun Perundanga­n Mahkamah Negeri Sabah dan Sarawak Bagi Tahun 2018 yang bakal disertai oleh 800 orang pada 18 Januari.

Ia juga melibatkan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Liew Vui Keong, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman.

“Menariknya, kesemua peserta perarakan akan memakai jubah masing-masing dan akan berjalan sepanjang 1.66km selama lebih 30 minit dari Kompleks Karamunsin­g ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

“Orangramai­dijemputun­tuk bersama-sama menyaksika­n perarakan itu yang bermula pada jam 6.30pagi,” katanya.

Hadir sama pada temubual itu adalah Timbalan Pendaftar (Pentadbira­n) Cindy MC Juce Balitus.

 ??  ?? ELSIE (kanan) dan Cindy (dua dari kanan) ditemubual dalam Radio Sabah FM pada petang Selasa.
ELSIE (kanan) dan Cindy (dua dari kanan) ditemubual dalam Radio Sabah FM pada petang Selasa.
 ??  ?? ELSIE
ELSIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia