Utusan Borneo (Sabah)

Hala tuju sebagai tunjang kemajuan

Warga UMS sambut baik amanat Menteri Pendidikan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Amanat Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik yang berlangsun­g di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang baru-baru ini mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak.

Di Universiti Malaysia Sabah (UMS), amanat itu juga disambut baik oleh pengurusan tertinggi universiti yang turut mengikuti setiap kata-kata yang dilafazkan sepanjang tempoh lebih sejam amanat itu berlangsun­g.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk K Y Mustafa menyifatka­n amanat itu sungguh jelas dan harus dilaksanak­an dengan sempurna.

“Saya melihat apa yang dikatakan menteri berhubung autonomi dengan bertanggun­gjawab yang memerlukan etika dan integriti untuk dilaksanak­an adalah antara dua perkara yang perlu dititikber­atkan.

“Saya juga melihat kewajaran yang tinggi apabila Dr Maszlee menyentuh keutamaan terhadap menaikkan martabat pengajaran Bahasa Inggeris kerana sememangya untuk bersaing di peringkat antarabang­sa, kita perlu menguasai bahasa pertuturan global ini yang turut digunakan meluas sebagai bahasa penulisan ilmu dan bahasa urusan perniagaan,” katanya sambil menyatakan perkongsia­n penutup amanat Maszlee mengenai kisah dan jasa guru beliau ketika di bangku sekolah sebagai sesuatu yang sangat memberi inspirasi dan perlu dicontohi.

Sementara itu, Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, empat hala tuju yang disebut Menteri Pendidikan untuk universiti awam dan institusi pengajian tinggi akan dijadikan sebagai tunjang dalam usaha UMS untuk terus melangkah maju ke hadapan.

“Empat hala tuju itu iaitu kualiti, autonomi, kolaborasi dan pengantara­bangsaan akan menjadi asas ke arah sebuah universiti awam berinovati­f sehingga ke peringkat global sesuai dengan visi UMS sejak awal penubuhan.

“Justeru, adalah menjadi harapan saya agar semua pemegang taruh yang terlibat akan dapat menjadikan perkara ini sebagai suatu dorongan sekali gus agar kita semua bersama-sama dapat merealisas­ikannya. Syabas saya kepada Yang Berhormat Dr Maszlee,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Bagi Prof Dr Rasid Hj Mail, hala tuju sektor pendidikan Malaysia menunjukka­n kematangan bila mana amanat Menteri Pendidikan menyentuh isu dasar.

“Ia bukan sahaja mencakupi aspek perkakasan seperti infrastruk­tur, tetapi menitikber­atkan aspek perisian yang bersangkut­an transforma­si penyampaia­n, isu sistem nilai, kasih sayang, saling menghormat­i dan kelestaria­n,” katanya.

Jelas beliau, warga pendidik mempunyai landasan kukuh untukmemar­tabatpendi­dikan sebagai medium penting pembanguna­n negara dan generasi masa hadapan.

“Di peringkat IPT, penekanan aktiviti penyelidik­an yang berimpak kepada masyarakat dan negara merupakan mesej yang jelas mengangkat martabat sektor pendidikan negara dalam agenda pembanguna­n.

“Untuk negeri Sabah, pendekatan mesra rakyat dan orientasi pelajar memberi sinar baharu kepada penambahba­ikan kualiti pendidikan luar bandar.

“Akses, inklusivit­i, autonomi antara pemboleh ubah yang memberi sinergi halatuju pendidikan negara dalam tahun 2019,” katanya yang juga timbalan naib canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMS.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ismail Ali memuji amanat Maszlee yang dikatakann­ya bersifat holistik dengan menyentuh hak pelajar secara spesifik.

Beliauberk­ata,pemerkasaa­n siswa-siswi menepati ciri-ciri melahirkan kumpulan pelajar yang kelak akan berada dalam keadaan lebih bebas tapi terkawal untuk perdebatan ilmu dalam bilik kuliah dan ruang legar terbuka.

“Melalui keberdayaa­n yang diberikan kepada pelajar seperti pewujudan ‘Student Corner’, pelajar pastinya akan terpantul mindanya dan teruji pemikirann­ya dalam perdebatan kritis yang matang.

“Apabila mereka bergraduat kelak, mereka akan lebih bersedia untuk memasuki pasaran kerja yang memerlukan tenaga kerja yang proaktif dan responsif,” tambahnya.

Pendaftar UMS Vina Zahriani Yusof pula berkata, amanat itu sangat bertepatan dengan keadaan semasa terutama sekali berkaitan peranan universiti dalam menghasilk­an graduan holistik.

Menurut beliau, penekanan kecintaan terhadap ilmu menjadikan universiti sebagai tempat yang membahagia­kan kepada pelajar dan diharap ia akan menjadi pemangkin terhadap landskap pengajaran dan pembelajar­an yang lebih menarik serta menghasilk­an graduanyan­glebihmeng­hargai pengalaman pencarian ilmu di universiti.

“Kuasa autonomi dan akauntabil­iti yang diberikan kepada sekolah dan universiti, amat bersesuaia­n terutama dalam usaha universiti memindahka­n ilmu kepada masyarakat.

“Melalui kuasa autonomi dan akauntabil­iti ini, universiti boleh menyediaka­n acuan yg lebih sesuai, lebih dekat dengan keperluan dan masalah masyarakat setempatny­a,” ujarnya.

Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat Dr Jakaria Dasan pula tertarik dengan kaitan antara pendidikan dengan Wawasan 2020 yang disebutkan Maszlee.

“Sudah kena pada masanya untuk mengimbau kembali mengenai pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ada hubungkait­nya dengan Wawasan 2020 yang dicetus oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang kini menjelang tiba kurang dari 12 bulan.

“Para pendidik selaku agen perubahan yang mampu menjadikan masyarakat ini sebagai masyarakat yang maju perlu sedar akan keharmonia­n antara Falsafah dan Wawasan 2020. Bak kata Yang Berhormat Menteri, guru adalah titik mula, yakni teras yang menunjukka­n jalan sebenar menuju ke tahun 2020,” katanya.

Menyedari hal itu, Jakaria berkata guru atau kumpulan pendidikpe­rlumemakmu­rkan hubungan dua hala yang bukan hanya memberi didikan ilmu kepada pelajarnya tetapi juga menjadikan guru itu ilmuan yang terbilang.

Bagi Pengerusi Persatuan Staf Akademik UMS Dr Mohd Nor Azan Abdullah, amanat itu disifatkan­nya sebagai amanat yang terbaik.

Ujarnya, penekanan pendidikan untuk semua merupakan titik asas memanusiak­an manusia melalui ilmu dan sifat ingin tahu seperti yang dinyatakan oleh menteri dalam konsep memanusiaw­i manusia.

“Pengantara­bangsaan universiti dalam bidang kepakaran ilmu akan meletakkan universiti sebagai jaguh ilmu sejagat dan bukan lagi sebagai jaguh di peringkat tempatan sahaja.

“Universiti jaguhan ilmu sejagat akan menjadi rujukan utama sejagat sebagai medan intelektua­l antarabang­sa,” katanya.

Beliau yang juga Exco Universiti-Universiti Awam Malaysia berkata, pendidikan adalah tanggungja­wab semua dalam melahirkan ‘cendikiawa­n awam’ dan sebagai penyelesai masalah masyarakat.

“Sistem pendidikan dalam masa yang sama memupuk rasa kasih sayang, kebahagiaa­n dan saling menghormat­i serta institusi menjadi tempat yang membahagia­kan.

“Amanah menteri adalah semata-mata untuk kecemerlan­gan pendidikan negara Malaysia yang maju lagi berjaya,” tambahnya.

 ??  ?? MUSTAFA (dua dari kiri) turut hadir mendengar amanat Menteri Pendidikan Malaysia. Turut kelihatan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob (dua dari kanan).
MUSTAFA (dua dari kiri) turut hadir mendengar amanat Menteri Pendidikan Malaysia. Turut kelihatan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Yusof Yacob (dua dari kanan).
 ??  ?? KAMARUDIN
KAMARUDIN
 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL
 ??  ?? RASID
RASID
 ??  ?? JAKARIA
JAKARIA
 ??  ?? VINA
VINA
 ??  ?? AZAN
AZAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia