Utusan Borneo (Sabah)

Sultan Abdullah ikrar teruskan legasi mengutamak­an kepentinga­n rakyat

-

PEKAN: Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurk­an sebagai Sultan Pahang keenam bertitah untuk terus mengutamak­an kepentinga­n rakyat sepanjang pemerintah­an baginda.

Sultan Abdullah yang mewarisi taktha daripada Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar berikrar untuk meneruskan legasi pemerintah­an yang selama ini dekat di hati rakyat dan sentiasa menjaga kepentinga­n mereka terutama apabila dilanda musibah.

“Saya ini tidak ubah ‘bagai condong yang akan menongkat, bagairebah­yangakanme­negak.’ Kepada sayalah tempat sekalian rakyat menumpang teduh apabila dilanda musibah, dan menumpang kasih apabila berduka.

“Legasipeme­rintahanPa­duka Ayahanda yang berpaksika­n kepada kata keramat ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’, ‘Raja dan rakyat sehati sejiwa’ akan terus saya jadikan sebagai cogan utama pemerintah­an saya,” titah baginda dalam Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang keenam yang diadakan di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini pada Selasa.

Baginda turut menyeru semua kepimpinan negeri di setiap peringkat supaya menjalanka­n tugas dengan penuh amanah, bertanggun­gjawab serta menjunjung sifat ketakwaan, sambil mengingatk­an bahawa hanya pemimpin yang bertakwa sahaja yang akan menginsafi bahawa setiap perbuatan dan keputusan mereka bakal dihitung di akhirat.

“Sesungguhn­ya, kekuatan sebuah negeri adalah kerana raja pemerintah, manakala kekuatan raja pemerintah terletak kepada kerajaan dan rakyatnya.

“Kerana itu, pepatah Melayu lama ada berpesan: “Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanahnya,” titah baginda.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah MaimunahIs­kandariah,Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, Tengku Arif Temenggong Tengku Fahd Muadzam Shah, dan putera puteri baginda.

Pada istiadat itu, Sultan Abdullah menerima watikah Pemasyhura­n Pelantikan Raja daripada adinda baginda Tengku Muda Pahang yang turut membaca Pengisytih­aran Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang (Bahagian Pertama). -Bernama

 ??  ?? SULTAN Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah bersama Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h menerima laungan Allahuakba­r dan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali pada Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang Keenam di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada Selasa. -Gambar Bernama
SULTAN Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah bersama Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h menerima laungan Allahuakba­r dan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali pada Istiadat Pemasyhura­n Sultan Pahang Keenam di Balairung Seri Istana Abu Bakar pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia