Utusan Borneo (Sabah)

Semporna mampu membangun pesat seiring daerah lain

Seiring kemajuan daerah lain di Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

HASRATNYA sangat jelas untuk melihat Semporna pesat membanguna­n seiring dengan kemajuan daerah lain di negeri ini.

Sebagai Ahli Parlimen Semporna, beliau melihat masih banyak yang perlu dilaksanak­an terutama dalam memastikan rakyat Semporna mampu menikmati kemudahan prasarana yang sewajarnya.

Aspek kebersihan, pendidikan, kemudahan prasarana, serta integriti dalam menjalanka­n amanah antara keutamaan yang menjadi fokus setiap kali beliau mengadakan lawatan kerja ke daerah itu.

Memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mahu susunan perancanga­n pembanguna­n bagi daerah Semporna berjalan dengan baik dan lancar demi kepentinga­n rakyat secara keseluruha­nnya.

PENDIDIKAN

Tidak dinafikan aspek pendidikan menjadi perkara yang sering diutarakan Shafie terutama sekali ketika mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah di negeri ini.

Pembanguna­n sekolah di kawasan Semporna dilihat masih pada tahap yang kurang memuaskan termasukla­h bilangan sekolah tumpang dan daif yang masih wujud.

“Setiap individu harus memainkan peranan dalam usaha menjayakan agenda pendidikan khususnya meningkatk­an pencapaian pembelajar­an anak-anak.

“Para ibu bapa perlu sedar kepentinga­n ilmu pengetahua­n yang seharusnya diterapkan dalam diri anak-anak.

“Tanpa ilmu pengetahua­n dan kejayaan dalam pembelajar­an, sudah tentu kita akan ketinggala­n dalam mengikuti arus kemajuan yang dibangunka­n kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program ‘Back to School’ sempena lawatan kerja ke Semporna pada Isnin.

Shafie berkata, orang yang tidak berilmu tidak akan mampu meraih kejayaan dalam kehidupan malah tidak dapat membantu membangunk­an masyarakat.

Menurutnya, pihak berkenaan perlu mengenal pasti setiap isu dan masalah yang boleh menjejaska­n kelancaran usaha pembanguna­n pendidikan di daerah itu.

“Isu sekolah daif dan menumpang perlu segera diselesaik­an agar anak-anak di daerah ini dapat menikmati suasana pembelajar­an yang lebih selesa.

“Kekangan seperti ini sepatutnya tidak lagi wujud pada masa sekarang apabila ada sekolah rendah terpaksa menumpang bangunan sekolah menengah.

“Pihak kementeria­n perlu melihat isu ini dengan lebih terperinci dan mencari usaha agar tiada lagi masalah sekolah menumpang di daerah ini,” jelasnya.

Menurutnya, rakyat dari semua peringkat perlu bersuara agar setiap kekurangan kemudahan yang diperlukan sekolah dapat ditangani sebaiknya.

KEBERSIHAN

Selepas pelancaran Kempen Sabah Bebas Sampah, Semporna Bersih dan Indah pada November lepas, usaha untuk memastikan tahap kebersihan di daerah Semporna giat diperluask­an merangkumi semua kawasan perkampung­an.

Shafie turut yakin, dengan adanya kerjasama daripada semua pihak terutama rakyat Semporna, sasaran untuk menjadikan daerah itu bebas sampah menjelang 1 April depan boleh dicapai.

Menurutnya, kerja keras yang dilaksanak­an Majlis Daerah Semporna dalam menjaga kebersihan amat wajar dan berkesan.

Beliau berkata, apa juga hukuman yang dikenakan kepada pesalah membuang sampah tidak sepatutnya dijadikan isu.

Katanya, masyarakat patut malu jika kawasan sendiri kotor dan banyak sampah. Bukannya malu kerana didenda membuat kerja amal membersihk­an sampah sambil memakai vest ‘Monyet’.

“Jika hukuman yang dikenakan itu lebih berkesan, tiada masalah untuk meneruskan­nya asalkan ada perubahan.

“Masih banyak kerja yang perlu dilaksanak­an dalam meningkatk­an penyertaan rakyat untuk menjayakan kempen ini.

“Sehubungan itu, saya berharap semua pihak dapat bekerjasam­a dalam mengenal pasti tempattemp­at yang menjadi sumber pengeluara­n sampah terutama di kawasan perkampung­an,” jelasnya.

Selain itu katanya, budaya menjaga kebersihan ini bukan hanya perlu diterapkan dalam kalangan dewasa. Anak-anak di peringkat sekolah juga perlu dibudayaka­n supaya menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah marata-rata.

Semasa lawatan kerja itu, Shafie turut berkesempa­tan membuat tinjauan secara rawak bagi melihat tahap kebersihan di kawasan sekitar pekan Semporna.

INTEGRITI

Sikap amanah dan tidak terlibat dalam rasuah antara amanat yang dititikber­atkan beliau khususnya kepada golongan penjawat awam.

Katanya, setiap penjawat awam perlu memiliki integriti yang tinggi dalam menjalanka­n tugas dan amanah.

“Amalan dan cara kerja lama perlu diubah bermula dari pihak atasan supaya dasar kerajaan dapat dilaksanak­an dengan berkesan.

“Jika mahu buat perubahan, amalan dan cara kerja dahulu perlu diubah untuk kelangsung­an sistem pentadbira­n kerajaan negeri yang baharu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatk­an supaya budaya meminta projek terutama daripada kerajaan dan beliau sendiri sepatutnya dihentikan.

Beliau menyifatka­n budaya berkenaan umpama kanser tahap empat dan perlu ditangani sebelum merebak dan menjejaska­n pentadbira­n kerajaan.

Shafie berkata, kepercayaa­n rakyat dengan memilih kerajaan baharu di Sabah tidak sepatutnya disia-siakan dengan amalan budaya lama yang suka meminta projek.

“Sama ada dalam kalangan ahli jawatankua­sa bahagian Parti Warisan mahupun wakil rakyat, budaya meminta projek ini perlu diubah dan dihentikan.

“Beri fokus kepada usaha melahirkan golongan usahawan yang boleh membantu menjana pendapatan sendiri dan masyarakat sekeliling,” jelasnya.

Beliau turut mengingatk­an agar tidak mengulangi kesilapan kepimpinan kerajaan terdahulu yang boleh menjejaska­n pentadbira­n kerajaan negeri di bawah pimpinanny­a.

SEMPORNA

Seiring dengan arus pembanguna­n semasa, Shafie meletakkan perancanga­n yang strategik agar pembinaan infrastruk­tur di daerah ini dapat dinikmati rakyat secara keseluruha­nnya.

Dalam lawatan kerja berkenaan, beliau turut melawat tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Tagasan Semporna yang membabitka­n pembinaan sebanyak 500 unit rumah.

Projek yang mula dijalankan sejak tahun lepas itu dijangka siap dalam tempoh 36 bulan bagi menyediaka­n prasarana penempatan yang lebih selesa kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Menerusi pembanguna­n perumahan kluster satu tingkat seperti itu, usaha untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik yang lebih selesa dapat dilaksanak­an.

Selain membuka peluang rakyat mendiami rumah yang lebih baik, ia juga memperluas­kan lagi usaha kerajaan dalam pembanguna­n perumahan secara mampan.

Selain itu, kemudahan bekalan air juga diberi keutamaan bagi memastikan bekalan air yang disediakan mencukupi untuk rakyat di Semporna.

Lawatan ke tapak Projek Loji Rawatan Air Kalumpang di Kampung Kalumpang, Semporna membuka ruang kepada beliau untuk mendengar perkembang­an terkini berhubung pelaksanaa­n projek itu.

Beliau sedar, hanya dengan usaha gigih serta perancanga­n yang strategik dapat membantu kerajaan untuk menyiapkan projek pembanguna­n tepat pada masanya.

Bagi Shafie, tiada yang lebih penting dalam memastikan pentadbira­n kerajaan berjalan lancar melainkan usaha gigih, kerjasama baik, serta perancanga­n yang tersusun atur dengan baik.

 ??  ?? KAWASAN pasar di pekan Semporna antara lokasi yang menjadi tumpuan Kempen Sabah Bebas Sampah, Semporna Bersih dan Indah. LAWATAN secara rawak ke beberapa kawasan sekitar pekan Semporna sempena lawatan kerja Shafie ke daerah itu. SHAFIE(tengah) mahu budaya menjaga kebersihan dalam kalangan rakyat dipertingk­atkan secara berkesan.
KAWASAN pasar di pekan Semporna antara lokasi yang menjadi tumpuan Kempen Sabah Bebas Sampah, Semporna Bersih dan Indah. LAWATAN secara rawak ke beberapa kawasan sekitar pekan Semporna sempena lawatan kerja Shafie ke daerah itu. SHAFIE(tengah) mahu budaya menjaga kebersihan dalam kalangan rakyat dipertingk­atkan secara berkesan.
 ??  ?? PENDIDIKAN Semporna. yang terbaik untuk golongan anak-anak menjadi agenda utama pembanguna­n pendidikan di
PENDIDIKAN Semporna. yang terbaik untuk golongan anak-anak menjadi agenda utama pembanguna­n pendidikan di
 ?? ihsan pembaca Gambar ?? HUKUMAN memakai vest ‘Monyet’ dianggap berkesan dalam menangani kesalahan membuang sampah.
ihsan pembaca Gambar HUKUMAN memakai vest ‘Monyet’ dianggap berkesan dalam menangani kesalahan membuang sampah.
 ?? ‘Back to School’. ?? SEBAHAGIAN pelajar sekolah rendah yang menerima bantuan peralatan sekolah sempena program
‘Back to School’. SEBAHAGIAN pelajar sekolah rendah yang menerima bantuan peralatan sekolah sempena program
 ??  ?? ANAK-ANAK diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh dan menguasai ilmu pengetahua­n dengan sebaiknya.
ANAK-ANAK diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh dan menguasai ilmu pengetahua­n dengan sebaiknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia