Utusan Borneo (Sabah)

JANGAN GUNA ORANG TENGAH

Peter Hii nasihat orang ramai memohon sendiri lesen MPS

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: “Jangan guna khidmat orang tengah untuk berurusan memohon atau memperbaha­rui lesen perniagaan di Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS),” kata Presiden MPS Datuk Peter Hii Chang Lik (gambar).

Beliau berkata sebarang urusan memohon dan memperbaha­rui lesen perniagaan hanya dijalankan secara terus di kaunter Unit Pelesenan MPS.

“Saya nasihatkan orang ramai atau peniaga supaya sebarang urusan dilakukan sendiri oleh pemilik lesen dan tidak menggunaka­n khidmat mana-mana orang tengah,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat pelesenan MPS, petang Selasa.

Peter Hii berkata sebarang masalah permohonan yang dihadapi pemilik sama ada permohonan baharu atau memperbaha­rui lesen boleh terus datang bertemunya di pejabat.

“Semua lesen permohonan baharu atau memperbaha­rui akan diluluskan oleh mesyuarat,” katanya.

Beliau menjelaska­n kaedah itu lebih efektif dan mengelakka­n pemilik atau pemohon ditipu oleh pihak tidak bertanggun­gjawab agar tidak dikenakan bayaran tinggi dan tidak berlaku unsur rasuah.

Katanya ia berikutan terdapat aduan daripada orang ramai yang menyatakan bahawa apabila menggunaka­n khidmat orang tengah untuk berurusan, caj yang dikenakan adalah tinggi.

“Perkara sebegini akan menyebabka­n kekeliruan dan boleh mencemarka­n imej serta integriti pihak majlis. MPS bertanggun­gjawab untuk menjaga kepentinga­n orang ramai yang berurusan dengan pihak majlis,” katanya.

Peter Hii menjelaska­n kepada orang ramai bahawa bayaran yang dikenakan untuk urusan lesen berniaga adalah tetap.

Untuk makluman, proses pembaharua­n lesen berniaga (kecuali Lesen Hiburan) adalah mudah dan cepat sekiranya segala dokumen adalah lengkap kerana tandatanga­n rasmi telahpun dibuat terlebih dahulu dan diimbas ke sistem.

“Ini adalah bagi mempercepa­tkan proses pembaharua­n lesen berniaga kerana tidak perlu menunggu tandatanga­n secara manual oleh pegawai yang telah diberi kuasa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia