Utusan Borneo (Sabah)

Elak lopak air, kenderaan bertembung lori treler

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang peniaga meninggal dunia dalam kemalangan­selepasken­deraan dipandunya merempuh sebuah lori treler di Batu 25 Jalan Apas di sini, kira-kira jam 2 petang Selasa.

Mangsa maut, Gul Hazrat, 50-an, warga Pakistan memandu kenderaan pacuan empat roda yang turut dinaiki isterinya, 48, warga tempatan, serta saudara lelakinya, 37, warga Pakistan.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kenderaan dinaiki mangsa sekeluarga terbabit kemalangan dengan lori treler dipandu seorang pemuda tempatan berumur 31 tahun.

“Isteri mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, sementara saudara lelakinya cedera di lutut, manakala pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya keluarga mangsa yang maut didapati berasal dari Kg Air Tengah Semporna dan bedah siasat dijadual akan dijalankan pada Rabu jam 9 pagi di Unit Forensik Hospital Tawau.

Menurutnya, siasatan menunjukka­n mangsa dan isteri dalam perjalanan ke Semporna selepas menjemput saudaranya yang tiba di Lapangan Terbang Tawau dari Kota Kinabalu.

“Mangsa dipercayai cuba mengelak dari melalui lopak air akibat hujan lebat tetapi hilangkawa­landanmere­mpuh tiang lampu di pembahagi jalan sebelum terbabas ke laluan bertentang­an.

“Bagaimanap­un, kejadian itu menyebabka­n kenderaan pacuan empat roda mereka merempuh lori treler yang datang dari arah Semporna menuju ke Tawau,” katanya.

Fadil berkata kesan daripada kemalangan yang berlaku itu mengakibat­kan mangsa tersepit di bahagian pemandu serta dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Siasatan kes terbabit masih diteruskan dan dibuka mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, serta dikendalik­an oleh Pegawai Penyiasat Insp Norhafizah Hussin.

Kenyataan media Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah mengesahka­n menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 2.25 petang.

Dua jentera, seorang pegawaidan­lapananggo­tadari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau digerakkan ke lokasi kejadian pada jarak 36km, dan operasi ditamatkan pada jam 4 petang.

 ?? Foto ihsan bomba ?? SITUASI di lokasi kejadian. -
Foto ihsan bomba SITUASI di lokasi kejadian. -
 ??  ?? GUL Hazrat tersepit di kerusi pemandu dalam kemalangan yang berlaku.
GUL Hazrat tersepit di kerusi pemandu dalam kemalangan yang berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia