Utusan Borneo (Sabah)

Peter Hii tinjau lokasi sesuai petani jual hasil tanaman

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk Peter Hii Chang Lik telah membuat pemeriksaa­n seawal jam 2 pagi Rabu ke kawasan Pasar Umum Sandakan.

Beliau yang turut disertai oleh Timbalan Setiausaha MPS yang juga Pegawai Penguatkua­sa MPS Irman Tajuddin Edy dan beberapa ahli majlis membuat tinjauan serta pemeriksaa­n bagi menentukan tempat berniaga petani tempatan untuk menjual produk serta hasil tanaman mereka sendiri di kawasan pasar berkenaan.

“Pihak majlis menyediaka­n ruang dan membenarka­n petani untuk berjualan sepanjang malam bermula dari jam 9 malam hingga 5 pagi,” katanya.

Jelasnya ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk meningkatk­an ekonomi masyarakat setempat.

“Pihak MPS akan menyediaka­n ruang lot untuk mereka berniaga hasil tanaman di luar pasar umum, lokasi tempat letak kereta,” katanya.

Beliau berkata awal pagi Rabu pihaknya meninjau lokasi yang sesuai untuk meletakkan mereka (petani) berniaga.

Peter Hii juga membuat pemeriksaa­n di jeti bagi kerja memunggah ikan dan pada masa sama menerima beberapa aduan daripada peniaga yang menjual ikan di pasar umum itu mengenai masalah jeti, lampu dan sebagainya.

“Masalah itu akan dibawa ke mesyuarat majlis untuk diambil tindakan. Bagi masalah lampu, pihak MPS akan selesaikan masalah itu dengan kadar segera untuk keselesaan peniaga di situ,” katanya.

Beliau juga berpeluang melihat hasil produk laut yang dijual oleh para peniaga di pasar itu.

 ??  ?? PETER Hii bersama Irman berbincang bagi menentukan lokasi untuk petani berniaga hasil tanaman mereka.
PETER Hii bersama Irman berbincang bagi menentukan lokasi untuk petani berniaga hasil tanaman mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia