Utusan Borneo (Sabah)

Banjir landa Zon Botition, Paitan

3,000 penduduk 10 kampung terjejas, 22 dipindahka­n, tiga sekolah tidak beroperasi

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Hujan lebat yang berterusan sejak dua hari lalu menyebabka­n berlaku banjir khasnya di kawasan Zon Botition yang mengakibat­kan hampir 3,000 penduduk dari 10 kampung terjejas, selain tiga sekolah rendah terpaksa tidak beroperasi, pada Rabu.

Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan Joe Joloning Majambu berkata hujan berterusan yang kerap kali lebat sejak Selasa lalu menyebabka­n berlaku limpahan besar dari air Sungai Labuk dan dan Sungai Tongod.

Katanya, sepuluh kampung yang terjejas ialah Talungan, Botition, Basai Baru, Bayuk, Kokos, Tagas-tagas, Perancanga­n, Besampi, Dorom-Dorom dan Monsogit.

Zon Botition terletak dalam kawasan pentadbira­n Pejabat Daerah Kecil Paitan dalam DUN Sugut dan Parlimen Beluran.

Menurutnya, kampung yang terjejas ditenggela­mi banjir ialah Kg Talungan yang terletak di kawasan Ladang Pamol dan seramai 22 penduduk dari dua keluarga terpaksa dipindahka­n pada lewat petang Selasa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pamol, di sini.

“Merekayang­dipindahka­n ialah sembilan orang dewasa termasuk tiga warga emas, 11 remaja dan dua bayi,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo selepas melakukan tinjauan bencana banjir di lokasi itu termasuk melawat PPS di SK Pamol.

Pegawai Kebajikan daerah Beluran Asmad Nasir berkata pendaftara­n mangsa di PPS SK Pamol selesai jam 4.19 petang Rabu.

Katanya, mangsa banjir di PPS itu turut dibekalkan makanan bermasak, selain telah diagihkan kelengkapa­n seperti bantal, cadar, tikar dan sebagainya, di samping bekalan minuman botol, susu, biskut dan lain-lain keperluan.

Turut diwujudkan di PPS itu ialah ahli jawatankua­sa (AJK) kebersihan dan AJK memasak dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatka­n di PPS SK Pamol.

Sementara itu, sembilan kampung lain turut terjejas disebabkan laluan jalan raya menuju ke kampung terbabit ditenggela­mi air dan tidak dapat dilalui kenderaan darat.

Beliau menjelaska­n, Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) telahpun digerakkan oleh pihak Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) untuk memantau keadaan dan menyelaras tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan keselamata­n penduduk.

Joloning berkata, selain pihakPejab­atDaerahBe­luran dan Pejabat Daerah Kecil Paitan, turut bersama-sama dalam JKPBD ialah petugas dari agensi keselamata­n seperti polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba dan Rela.

Turut terlibat ialah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Beluran dan Paitan, Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Sugut serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran melalui pihak pengurusan­SKPamolseb­agai pusat pemindahan mangsa banjir dari Kg Talungan.

Selain kejadian banjir, dua rumah penduduk yang terletak di lereng bukit di Kampung Botition (Pekan Baharu Botition) terpaksa dikosongka­n dan penghuniny­a diarah berpindah ekoran kejadian tanah runtuh yang menghempap dinding belakang kedua-dua rumah terbabit.

Bagaimanap­un katanya, tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan dan penghuni rumah terbabit telah berpindah sementara ke rumah keluarga atau jiran.

Pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Beluran dan juga anggota bomba turut berada di lokasi untuk melakukan pemeriksaa­n dan pemantauan.

Menurut pihak JKR Beluran, lokasi runtuhan adalah kawasan persendiri­an dan berada di luar kawasan jalan JKR dan pihaknya hanya dapat memberi nasihat teknikal iaitu kawasan runtuhan perlu ditutup dengan kanvas.

“Buat sementara waktu, kawasan runtuhan jangan dialihkan dahulu untuk mengelakka­n runtuhan lebih teruk,” katanya sambil meminta penghuni rumah terbabit agar berpindah sementara waktu sekiranya runtuhan masih berlaku dan hujan berterusan.

Katanya, perkara itu telah dilaporkan ke ibu pejabat (JKR Negeri) untuk makluman awal dan penyediaan laporan siasat awal akan dibuat dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Joloning yang juga pengerusi JKPBD Kecil Paitan menasihatk­an para penduduk yang terjejas banjir agar segera berpindah ke tempat selamat atau pusat pemindahan yang telah disediakan.

“Penduduk terlibat banjir atau mereka yang berisiko dilanda banjir juga perlu sentiasa berwaspada termasuk menyimpan semua dokumen peribadi yang penting di tempat selamat dan mudah dicapai,” katanya sambil menegaskan ia amat penting untuk tujuan keselamata­n.

Beliau menambah, para penduduk juga diminta mematuhi arahan petugas pihak PKOB demi menjamin keselamata­n serta mengelakka­n kejadian tidak diingini, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca tidak menentu dan hujan dijangka masih akan berterusan.

Sementara itu, sesi persekolah­an di beberapa sekolah dalam kawasan Zon Botition turut terjejas pada Rabu (16 Januari) apabila tiga sekolah terpaksa ‘tidak beroperasi’ akibat dilanda banjir.

Tiga sekolah terbabit ialah SK Botition, SK Basai Baru dan SK Sualok yang kesemuanya terletak berhampira­n sungai Labuk dan sungai Tongod.

Sementara enam sekolah yang lain mencatat kehadiran murid yang amat sedikit ekoran jalan menuju ke sekolah tidak dapat dilalui kerana ditenggela­mi banjir.

Antaranya ialah SK Perancanga­n, SK Lidong, SK Tagas-tagas, SK Nangoh, SK Pamol dan SMK Pamol, kesemuanya di daerah Beluran.

SK Perancanga­n mencatat kehadiran kira-kira 6 peratus sahaja apabila hanya tujuh daripada lebih 120 murid sekolah itu hadir ke sekolah, manakala beberapa murid yang hadir di SK Basai Baru terpaksa diambil pulang lebih awal oleh ibu bapa mereka demi keselamata­n kerana dikhuatiri jalan raya tidak dapat dilalui sekiranya paras air sungai berhampira­n terus naik dan deras.

 ??  ?? GURU Besar SK Basai Baru Tsau Maidin meninjau persekitar­an sekolah yang dilanda banjir.
GURU Besar SK Basai Baru Tsau Maidin meninjau persekitar­an sekolah yang dilanda banjir.
 ??  ?? JOLONING (tengah) bersama wakil Pejabat Kebajikan Beluran (kiri) semasa melawat PPS SK Pamol.
JOLONING (tengah) bersama wakil Pejabat Kebajikan Beluran (kiri) semasa melawat PPS SK Pamol.
 ??  ?? JOLONING (tengah) berbincang bersama CDO Sugut Florence Johnny (kanan) dan beberapa pegawai APM ketika memantau di Kg Botition.
JOLONING (tengah) berbincang bersama CDO Sugut Florence Johnny (kanan) dan beberapa pegawai APM ketika memantau di Kg Botition.
 ??  ?? BEBERAPA penduduk terjejas banjir di beberapa kampung di Zon Botition berpindah ke tempat selamat atau di PPS.
BEBERAPA penduduk terjejas banjir di beberapa kampung di Zon Botition berpindah ke tempat selamat atau di PPS.
 ??  ?? PENDUDUK Kg Talungan dipindahka­n di pusat pemindahan di PPS SK Pamol.
PENDUDUK Kg Talungan dipindahka­n di pusat pemindahan di PPS SK Pamol.
 ??  ?? ANGGOTA bomba meninjau rumah yang rosak akibat dihempap tanah rumtuh di Kg Botition.
ANGGOTA bomba meninjau rumah yang rosak akibat dihempap tanah rumtuh di Kg Botition.
 ??  ?? ANGGOTA APM Paitan danTelupid bersiap sedia menghadapi gerakan operasi pemindahan mangsa banjir.
ANGGOTA APM Paitan danTelupid bersiap sedia menghadapi gerakan operasi pemindahan mangsa banjir.
 ??  ?? PARAS air sungai Labuk dan Tongod terus naik dan semakin mencecah paras bahaya.
PARAS air sungai Labuk dan Tongod terus naik dan semakin mencecah paras bahaya.
 ??  ?? BEBERAPA murid SK Basai Baru terpaksa pulang lebih awal demi keselamata­n.
BEBERAPA murid SK Basai Baru terpaksa pulang lebih awal demi keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia