Utusan Borneo (Sabah)

Pengurus syarikat didenda RM4,000

Import bahan makanan mengandung­i aflatoksin

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Pengurus sebuah syarikat pembekal bahan makanan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mengimport­bahanmakan­an mengandung­i 284.5 ug/ kg aflatoksin melebihi piawaian yang ditetapkan.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Choo CjenFatt,40,selepasmen­gaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Sekiranya gagal membayar denda, mahkamah mengarahka­n tertuduh dipenjara selama dua bulan.

Mengikut pertuduhan, pengurus syarikat itu didakwa mengimport bekalan makanan ‘Indian Groundnut Kernels’ yang didapati mengandung­i aflatoksin sebanyak 284.5 kilogram.

Kesalahan dilakukan pada 7 Jun 2018, jam 10.15 pagi di salah sebuah premis dekat Country Height Plaza, Fasa 2, di sini.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 39(4) dibaca bersama Jadual 15, Peraturan 39 Daftar II Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan melanggar Seksyen 13 B(2)(e) Akta Makanan 1983, boleh dihukum mengikut Seksyen 13B(4) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanap­un, merayu kepada mahkamah supaya hukuman dapat diringanka­n dengan alasan ia adalah kesalahan pertama.

Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kesihatan Hiruan Mohd Ideris meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangk­an kes ini mempunyai kepentinga­n kesihatan awam.

Mengikut pertuduhan, pengurus syarikat itu didakwa mengimport bekalan makanan ‘Indian Groundnut Kernels’ yang didapati mengandung­i aflatoksin sebanyak 284.5 kilogram.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia