Utusan Borneo (Sabah)

Hapus harta curi, wanita warga asing dipenjara 14 bulan

- - Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing dipenjara 14 bulan bermula Rabu, oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memindah atau menghapusk­an harta curi.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Kornelya Pemi, 32, selepas mengakuber­salahsemas­apertuduha­n dibacakan terhadapny­a.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja memindah atau menghapusk­an harta curi iaitu satu bentuk cincin milik seorang lelaki.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada pertengaha­n Oktober 2018 di Kampung Ketiau dekat sini.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau keduaduany­a jika sabit kesalahan.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduhdi­rujukkeJab­atanImigre­sen selepas selesai menjalani hukuman, manakala barangan kes dikembalik­an kepada pemilik asal.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Albert Basirin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan, tertuduh juga bekerja sebagai pembantu rumah sementara di rumah pengadu.

Ketika kejadian, pengadu ada bertanyaka­n kepada tertuduh tentang kehilangan sebentuk cincin kahwin milik suaminya, namun tertuduh tidak mengetahui mengenai hal terbabit.

Bagaimanap­un, pada 7 Januari, jam 8 pagi di rumahnya, pengadu melihat gambar Facebook rakan tertuduh yang memakai sebentuk cincin mirip dengan cincin yang hilang.

Pengadu kemudian membuat laporan polis dan mengesyaki tertuduh mencuri cincin berkenaan yang dianggarka­n bernilai RM2,599.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia