Utusan Borneo (Sabah)

Dumi lancar laman rasmi media sosial santuni rakyat Lahad Datu

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pembantu Menteri Pembanguna­n dan Luar Bandar Dumi P Masdal melancarka­n laman rasmi media sosial beliau untuk terus berhubung menyantuni rakyat.

Beliau berkata, langkah itu relevan untuk menepati ciri perkhidmat­an mesra rakyat kerana laman sosial mudah diikuti dan disenangi rakyat tanpa had umur, masa dan kemahiran.

Katanya, capaian rangkaian internet di Lahad Datu membolehka­n hampir semua tempat mengakses internet termasukla­h laman sosial.

“Saya berharap dengan adanya kemudahan ini ia akan memudahkan rakyat menyampaik­an maklumat terus kepada saya.

“Selain itu, pada era kerajaan

(empat dari kiri) bersama rakyat menunjukka­n laman web rasmi media sosial beliau.

baharu ini saya ingin menyeru agar rakyat di sini bersatu hati, bermuafaka­t dan bersamasam­a kerajaan menjayakan agenda pembanguna­n Lahad Datu,” katanya.

Beliau yang juga Adun Lahad Datu berkata demikian selepas melancarka­n laman rasmi Facebook beliau fb.com/dumipmasda­lofficial di Pejabat Unit Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Lahad Datu, di sini pada Rabu.

Mengulas lebih lanjut mengenai perancanga­n kandungan laman itu, Dumi berkata selain menyiarkan aktiviti bergambar programpro­gram yang dilaksanak­an di Lahad Datu beliau mahu pengunjung meluangkan masa mengisi kaji selidik atas talian yang akan disediakan dari semasa ke semasa.

“Selain itu juga, bagi rakyat yang mahukan ‘privacy’ untuk menyampaik­an permasalah­an atau aduan, mereka boleh memilih pautan Aduan agar mendapat kerahsian seterusnya tindakan,” katanya.

Pada perkembang­an berkaitan, Dumi meluangkan masa menyantuni rakyat yang mengunjung­i pejabat itu untuk menyelesai­kan pelbagai urusan rasmi.

 ??  ?? DUMI
DUMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia