Utusan Borneo (Sabah)

MPT, JPV bekerjasam­a tangani rabies di Taiping

-

TAIPING: Majlis Perbandara­n Taiping (MPT) bekerjasam­a dengan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) untuk tindakan bersepadu dan kawalan bagi menangkap anjing liar yang berkeliara­n dalam usaha menangani penularan wabak anjing gila atau rabies di bandar warisan ini.

Yang Dipertua MPT Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata operasi menangkap anjing liar yang dilakukan dari semasa ke semasa itu adalah untuk memastikan kawasan bebas daripada wabak anjing gila.

“Kita juga akan bertindak jika menerima aduan daripada orang ramai mengenai ancaman anjing liar di kawasan perumahan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Abdul Rahim berkata pemilik anjing yang mahu mendapatka­n vaksin atau menyuntik anjing peliharaan mereka bagi mencegah penyakit anjing gila boleh berhubung dengan JPV bagi mendapatka­n maklumat lanjut.

Ditanya mengenai kemungkina­n wabak penyakit anjing gila boleh menjejaska­n industri pelanconga­n di bandar warisan itu, beliau berkata adalah terlalu awal untuk mengetahui sama ada ia menjejaska­n pelanconga­n di sini atau tidak.

“Wabak ini hanya dikesan di kawasan taman perumahan dan bukannya berlaku di keseluruha­n bandar ini dan ia adalah terkawal,” katanya.

Pada Selasa, Menteri KesihatanD­atukDrDzul­kefly Ahmad berkata tiada kes positif rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Taiping setakat ini manakala dua mangsa yang digigit anjing positif rabies di Taiping pada 25 Dis tahun lepas tidak menunjukka­n gejala penyakit itu.

Isnin lalu, Mukim Taiping dan Bukit Gantang di Daerah Larut Matang dan Selama (LMS), Perak diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies atau anjing gila berikutan empat sampel yang diambil di kawasan itu didapati positif wabak berkenaan.

Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dilaporkan berkata ia diputuskan susulan ujian dilakukan JPV selepas menerima maklumat pengadu dari Taman Sri Kota Fasa 2, Taiping pada 31 Dis lepas.

Menurutnya, pengadu berkenaan melaporkan bahawa dua anggota keluargany­a digigit oleh seekor anjing miliknya pada 25 Dis dan anjing itu sudah dilupuskan oleh pengadu pada 3 Jan lepas.

Pada 4 Jan, sampel otak daripada anjing itu telah diuji dan disahkan positif terhadap penyakit rabies oleh Institut Penyelidik­an Veterinar (VRI) Ipoh.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia