Utusan Borneo (Sabah)

KPKT arah PBT laksana gerak kerja tangani wabak rabies

-

TANJUNG MALIM: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengeluark­an arahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan yang dijangkiti wabak anjing gila atau rabies supaya membuat perancanga­n teratur bagi menanganin­ya.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata PBT dengan kerjasama Jabatan Veterinar negeri telah bersama-sama melaksanak­an gerak kerja bagi memastikan wabak itu tidak merebak ke kawasan sekitar.

“Bila ada kes (wabak rabies) ini, secara automatikn­ya jawatankua­sa bertindak adalah di bawah kepimpinan Menteri Besar di negeri masing-masing, tetapi apabila kita lihat keseriusan­nya kes ini, KPKT boleh mengeluark­an arahan kepada PBT agar menjalanka­n satu gerakan yang terancang.

“(Bagaimanap­un) PBT hanya melaksanak­an tugas penguatkua­saan tetapi untuk pelaksanaa­n menangkap anjing (yang disyaki mengalami sindrom rabies) adalah di bawah Kementeria­n Kesihatan kerana PBT tidak ada kuasa dari segi skop kerja (mengawal wabak rabies),” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Youth City di sekitar Taman Bandar di sini pada Rabu.

Isnin lepas, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam memaklumka­n mukim Taiping serta Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies susulan aduan daripada pemilik anjing di Taman Sri Kota Fasa 2, Taiping digigit pada 31 Dis lepas.

Dr Quaza Nizamuddin berkata ujian sampel otak anjing disahkan positif rabies, manakala tiga daripada 30 sampel daripada anjing berkeliara­n di sekitar kawasan Tupai Business Centre dan Pekan Sri Boyan di LMS dikesan positif anjing gila.

Dalam perkembang­an lain, Zuraida berkata prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang akan bermula 18 Jan ini akan diadili dengan seadilnya.

“Dengan adanya inkues ini, kita akan mendapat satu keputusan yang lebih tepat kerana ia diadili di Mahkamah Koroner setelah keterangan diambil daripada pihak forensik, polis, bomba serta orang awam yang telah diambil kira semuanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia