Utusan Borneo (Sabah)

UMS sumbang bantuan barang keperluan kepada mangsa kebakaran

-

PUTATAN: Prihatin terhadap mangsa kebakaran yang menjejaska­n lebih 300 penduduk di Kampung Pasir Putih, warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) tampil menghulurk­an sumbangan bantuan barang keperluan kepada mangsa yang terlibat.

Rombongan Misi Bantuan Bencana Kebakaran UMS yang diketuai oleh Naib Canselor UMS Prof Datuk D Kamarudin D Mudin bersama pegawai-pegawai UMS telah menyampaik­an sumbangan bantuan itu di Dewan Serbaguna Putatan.

Sumbangan dan bantuan itu telah diserahkan kepada Pembantu Menteri UndangUnda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri yang juga Adun Petagas Datuk Haji Uda Sulai sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Sahari.

D Kamarudin turut menyampaik­an sebuah kerusi roda kepada salah seorang mangsa warga emas orang kurang upaya (OKU) yang lumpuh.

Seramai 100 orang sukarelawa­n yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar juga telah turun padang untuk membantu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengasingk­an sumbangan barangan pakaian bagi tujuan agihan kepada keluarga mangsa terlibat.

Turut hadir dalam menjayakan misi itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS Prof Dr Ismail Ali.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengahari pada 11 Januari lalu, lebih 50 rumah musnah terbakar sehingga mengakibat­kan seramai 329 orang melibatkan 76 keluarga termasuk dua warga emas OKU tinggal sehelai sepinggang.

Sehingga kini, mangsa yang terjejas masih ditempatka­n di Dewan Serbaguna Putatan.

 ??  ?? D Kamarudin menyerahka­n sumbangan barang keperluan kepada Uda.
D Kamarudin menyerahka­n sumbangan barang keperluan kepada Uda.
 ??  ?? D
Kamarudin turut menyampaik­an penyerahan sebuah kerusi roda kepada salah seorang mangsa warga emas OKU yang lumpuh.
D Kamarudin turut menyampaik­an penyerahan sebuah kerusi roda kepada salah seorang mangsa warga emas OKU yang lumpuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia