Utusan Borneo (Sabah)

Saifuddin ketuai delegasi Malaysia Sesi Permukiman Menteri Luar Asean

-

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Thailand bagi menghadiri Sesi Permukiman Menteri-Menteri Luar Negeri Asean di Chiang Mai, Thailand, pada Rabu hingga Jumaat dan seterusnya mengadakan lawatan rasmi ke Bangkok, Thailand pada Sabtu.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu, Thailand merupakan Pengerusi Asean pada tahun ini dengan tema ‘Advancing Partnershi­p for Sustainabi­lity’ dan sesi permukiman tersebut merupakan mesyuarat berjadual pertama negara-negara anggota Asean.

Mesyuarat yang akan dipengerus­ikan Menteri Luar Negeri Thailand itu turut melibatkan penyertaan Menteri-Menteri Luar Asean, Setiausaha Agung Asean dan Pegawai-Pegawai Kanan dari kesemua negara anggota Asean.

“Sesi permukiman yang akan didahului oleh Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Asean itu akan membincang­kan inisiatif-inisiatif untuk menggerakk­an lagi agenda pembinaan Komuniti Asean dan susulan pelaksanaa­n keputusan-keputusan yang telah dicapai pada Sidang Kemuncak Asean ke-33 di Singapura tahun lepas.

“Mereka juga akan bertukartu­kar pandangan mengenai isuisu serantau dan antarabang­sa serta langkah-langkah bagi mengukuhka­n hubungan Asean denganraka­n-rakandialo­gnya,” kata kenyataan itu.

Semasa di Bangkok, Saifuddin akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Luar Thailand, Don Pramudwina­i bagi membincang­kan isu-isu kerjasama dua hala terutamany­a mengenaipr­ojekinfras­trukturdi sempadan Malaysia-Thailand.

Selain itu, proses rundingan damai di Selatan Thailand serta isu-isu serantau dan antarabang­sa berkepenti­ngan bersama, khususnya mengenai usaha-usaha yang telah dan sedang dilakukan oleh kedua-dua negara dalam agenda mampan, akan turut dibincangk­an, kata kenyataan itu.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia