Utusan Borneo (Sabah)

Kempen PRK Cameron Highlands masih suam-suam kuku?

-

TANAH RATA: Kehangatan kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, yang masuk hari kelima, boleh dianggap ‘suamsuam kuku’ sama ada oleh pihak Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) atau kedua-dua calon Bebas.

Perang poster dan bendera khususnya di kawasan pekan kurang menyengat jika dibandingk­an dengan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada tahun lepas walaupun ia sebenarnya boleh mempengaru­hi psikologi pengundi.

Keadaan sama dilihat di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Ringlet dan Tanah Rata serta sepanjang jalan di kawasan peranginan itu, namun berbeza pula di kawasan di Sungai Koyan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang dilihat lebih sikit meriahnya.

Mungkin merasakan cara kempen sebegitu semakin kurang berkesan, caloncalon yang bertanding lebih cenderung bertemu pengundi di kawasan umum dan program kunjungan ke rumah-rumah pengundi termasuk di kawasan penempatan Orang Asli, walaupun dalam skala kecil.

Mungkin juga pendekatan itu ada kaitannya dengan menyahut seruan kerajaan pimpinan PH, yang menekankan penjimatan seterusnya memilih untuk beralih daripada memasang poster dan bendera yang selama ini sinonim dengan pilihan raya.

Contohnya, calon PH, M. Manogaran dan calon BN, Ramli Mohd Nor dilihat lebih selesa menggunaka­n pendekatan sederhana dalam kempen mereka bertemu pengundi serta berceramah di tempat awam bersama skala jentera parti yang kecil.

Namun begitu, pendekatan duacalonbe­basiaituWo­ngSeng Yee dan Sallehuddi­n Ab Talib sepanjang tempoh berkempen sedikit berbeza kerana masingmasi­ng bergerak berseorang­an tanpa jentera untuk tujuan bersemuka dengan rakyat.

Bagi pengundi, mereka berpendapa­t cara berkempen dari pintu ke pintu adalah inisiatif terbaik dan amat berkesan kerana melalui kaedah itu masyarakat akan berpeluang lebih mengenali calon semasa siri kempen yang berlangsun­g 14 hari sehingga 25 Jan ini.

Seorang penduduk, Md Adzir Said, 43, dari Tanah Rata berkata menerusi cara itu, permasalah­an dialami pendudukya­ngingindia­dukan dapat diberi perhatian segera.

“Saya rasa yang kempen pintu ke pintu sewajarnya dilakukan sebab dia nak kenalkan (promosikan) diri dia dan kitapun bukanlah mengenali calon itu, cuma tengok menerusi poster sahaja,” katanya.

M. Parthiban, 56, dari Kuala Terla berkata manamana calon yang bertanding perlu melakukan sesuatu yang menarik perhatian pengundi agar muka mereka dapat diingati ketika mengundi kelak.

“Kena lakukan suatu yang kreatif dan nampakkan visi, kalau tak ada apa-apa, macamana kami nak ingat (usaha) mereka?” tanya beliau.

Namun begitu Sam Kah Mun, 45, dari Ringlet pula berpendapa­t perang poster atau kibaran bendera di sesuatu kawasan boleh memberi petunjuk kepada calon dan parti yang sebenarnya mendapat sokongan.

“Mana-mana kempen pun calon memang kena turun padang tapi saya rasa bilangan bendera parti di sesuatu tempat itu, ia akan beri suatu gambaran sokongan politik di kawasan itu. Saya rasa itu perang psikologi yang perlu ada juga,” katanya.

Bermula hujung minggu ini, dijangka lebih ramai petugas dan jentera kempen dari kedua-dua parti yang bertanding akan berkampung di sini sebagai fasa terakhir kempen menarik sokongan pengundi kepada calon mereka.

Suruhanjay­a Pilihan Raya menetapkan 22 Jan sebagai hari pengundian awal, manakala hari pengundian pada 26 Jan yang menyaksika­n seramai 32,009 orang termasuk 247 pengundi awal, 12 pengundi tidak hadir dan 385 pengundi kurang upaya layak memilih pada PRK kali ini.

PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytih­arkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh dari BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi parlimen itu terbatal dan tidak sah.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia