Utusan Borneo (Sabah)

Hayati suasana harmoni, kepelbagai­an menerusi program ‘A Walk to Remember II’

Menerusi program ‘A Walk to Remember II’

-

PASANGAN pengantin baharu Cindy Johny Chong and Ricky Alexander Julli diraikan penuh meriah sempena majlis perkahwina­n mereka yang dihadiri oleh mahasiswa/i mobiliti antarabang­sa China ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Lafaz kahwin Cindy dan Ricky telah diadakan di Sacred Heart Cathedral Kota Kinabalu, yang disempurna­kan oleh Fr Maximilian­o pada 29 Disember 2018, sementara majlis resepsi diadakan di Dewan Kebudayaan Penampang pada malam 30 Disember 2018.

Rombongan UMS yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS Datu Razali Datu Eranza dan Andy Lee Chen Hiung telah membawa bersama mahasiswa/i antarabang­sa UMS yang berasal dari China, menerusi program ‘A Walk to Remember II’.

Program itu merupakan salah satu aktiviti utama Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS, yang merancang dan melaksanak­annya pada setiap semester agar pelajar mobiliti satu semester di UMS dapat menghayati lebih baik suasana keharmonia­n dan kepelbagai­an budaya yang dirai bersama oleh masyarakat di Sabah.

Cindy dan Ricky menyifatka­n kehadiran para mahasiswa antarabang­sa itu membawa makna kerana mereka adalah pelajar akan dapat memahami dan menghayati budaya Sabah dengan lebih baik, di samping dapat menyertai dengan langsung majlis perkahwina­n itu yang dihadiri lebih 2,000 tetamu.

Program silang budaya itu dianggap penting kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya dan agama.

Cindy dan Ricky mengharapk­an mereka yang hadir dapat berkongsi pengalaman dengan keluarga dan rakan mereka di China, agar terus membawa rakan keluarga dan saudara mara untuk melawat Sabah yang kaya dengan budaya yang pelbagai.

Mereka menyifatka­n perkahwina­n mereka adalah bertuah kerana dihadiri lebih 2,000 ahli keluarga dan rakan yang datang dari jauh dan dekat seperti Sweden, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan lain-lain.

Majlis itu dimeriahka­n lagi apabila tetamu mahasiswa antarabang­sa turut bersama menarikan tarian tempatan.

Zhang Qiu Yang, seorang mahasiswa antarabang­sa UMS yang berasal dari Shanghai, China, berkata mereka amat menyukai sajian pelbagai yang disediakan, keenakan makanan yang dapat dirasai, ruang perkahwina­n yang luas serta selesa untuk tetamu, dan berkesempa­tan melihat pengantin yang diraikan.

Zhang Qin, Feng Ke Yi dan Duan Qiong, pelajar dari Sichuan, China, menyatakan kesukaan mereka terhadap pakaian tradisiona­l Kadazan yang dipakai oleh keluarga Ricky, yang berasal dari Penampang. Mereka juga dapat merasai persamaan dengan pakaian tradisiona­l keluarga Cindy Chong, yang berasal dari Pulong, Tenom.

Sementara seorang lagi pelajar antarabang­sa Kong Ying Ying yang berasal dari Beijing, China menyatakan beliau paling menyukai tarian tradisiona­l oleh pengantin bersama para tetatmu, khususnya tarian yang mengelilin­gi pengantin.

Timbalan Naib Canselor UMS Prof Dr Rasid Mail dan Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Prof Madya Dr Raman Nordin merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Chong Pak Choi @Johny dan Jobinia @ Daly Datuk OKK Sanggau Jalang serta keluarga yang baik hati dan sudi menerima kunjungan para mahasiswa mobiliti antarabang­sa untuk bersama menyertai menghayati keunikan Sabah.

Penghargaa­n juga disampaika­n kepada ibu bapa Ricky, Kui Kung Julli dan Lily Rajatin.

‘A Walk to Remember II’

adalah aktiviti penutupan yang indah bagi programpro­gram yang diselarask­an oleh Datu Razali dan Andy.

 ??  ?? PASANGAN pengantin Cindy dan Ricky ketika memasuki Dewan Kebudayaan Penampang.
PASANGAN pengantin Cindy dan Ricky ketika memasuki Dewan Kebudayaan Penampang.
 ??  ?? CINDY dan Ricky menari bersama tetamu majlis itu. Tarian ini juga yang paling diminati oleh pelajar mobiliti.
CINDY dan Ricky menari bersama tetamu majlis itu. Tarian ini juga yang paling diminati oleh pelajar mobiliti.
 ??  ?? PELAJAR mobiliti antarabang­sa China-UMS yang menyertai tarian tempatan.
PELAJAR mobiliti antarabang­sa China-UMS yang menyertai tarian tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia