Utusan Borneo (Sabah)

Agensi khas selia institusi pendidikan awal ditubuh dua tahun lagi

-

KUALA LIPIS: Sebuah agensi khas yang akan memantau dan mengawal selia semua institusi pendidikan awal kanak-kanak dalam negara dijangka dapat ditubuhkan dalam masa dua tahun, kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Beliau berkata kerajaan kini telah memulakan perbincang­an dengan kesemua kementeria­n yang mengawal selia pelbagai institusi pendidikan awal.

Ini termasuk kementeria­nnya yang mengawal selia Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) bagi bayi sehingga kanak-kanak berusia empat tahun, katanya.

Kementeria­n lain ialah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar yang mengawal selia Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika), Kementeria­n Pendidikan (prasekolah) dan Jabatan Perdana Menteri (Tadika Perpaduan).

“Hasrat saya bila kita ada satu agensi khas, semua silibus, infra dan menu kanak-kanak ini kita akan dapat perhalusi supaya kita dapat kawal perkembang­an mereka dengan lebih teratur,” katanya kepada Bernama ketika mengadakan lawatan kerja ke Tabika Kemas Kampung Kuala Koyan di sini pada Rabu.

Rancangan menggabung­kan institusi pendidikan awal kanak-kanak di bawah satu agensi itu diumum Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, November lepas.

Antara lain, Dr Wan Azizah dilapor berkata bahawa agensi khas berkenaan akan mempunyai kuasa eksekutif untuk memantau pelaksanaa­n pendidikan awal kanakkanak, menyelaras dan mengawal selia semua institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, tanpa meminggirk­an hak dan tanggungja­wab sedia ada setiap kementeria­n dan agensi yang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Yeoh yang meluangkan masa kirakira 30 minit mendengar masalah tabika berkenaan yang kesemua 27 muridnya adalah daripada masyarakat Orang Asli, mengambil maklum mengenai kekurangan kemudahan di premis berkenaan termasuk peralatan permainan dan bilik air yang usang.

Katanya, segala masalah itu akan dipanjangk­an kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli iaitu antara agensi terlibat mengawal selia tabika berkenaan, untuk diselesaik­an. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia