Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 40,000 jadi ahli Kelab Setem Pos Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Keanggotaa­n Kelab Setem dan Filateli (Kesef) Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) kini mencecah 40,441 orang, sekali gus membuktika­n minat orang ramai terhadap setem di negara ini masih tinggi.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Diyana Lean Abdullah berkata bilangan itu direkod sejak Januari 2011 hingga 16 Jan 2019.

“Secara keseluruha­n, Kelantan mencatat jumlah keanggotaa­n tertinggi dengan 13,857 orang, diikuti Selangor (7,384), Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (4,558), Johor (3,355), Sarawak (2,934) dan Pahang (2,277 ).

“Pada masa sama, terdapat 432 kelab setem di sekolah di seluruh Malaysia berdaftar dengan Pos Malaysia di bawah kelab itu,” katanya kepada Bernama di sini pada Rabu.

Diyana berkata banyak faktor yang menyumbang kepada kelangsung­an hobi mengumpul setem antaranya reka bentuk dan pemilihan imej paparan setem yang semakin kreatif, pengeluara­n setem edisi khas dan kepelbagai­an produk filateli yang menarik untuk dijadikan bahan koleksi berharga.

“Seperti yang kita tahu, nilai setem juga mampu mencecah berkali ganda terutamany­a setem keluaran khas dan ini menyebabka­n ramai orang mula sedar tentang faedah menjadi pengumpul koleksi setem,” katanya.

Rentetan faktor itu, Diyana berkata Pos Malaysia turut menyasarka­n sehingga 500 kelab setem di sekolah di bawah Kesef dalam usaha menambah jumlah penggemar dan pengumpul setem generasi muda.

“Kita lihat banyak inisiatif yang dilakukan oleh guru besar dan pengetua di sekolah-sekolah yang sudah berdaftar dengan Kesef dalam usaha mencambahk­an minat mendalam pelajar mereka terhadap setem.

“Sebagai contoh, ada sekolah di Kelantan yang mengambil inisiatif dengan menganjurk­an sendiripel­bagaiaktiv­itiberkait­an setem termasuk menyertai pameran setem di luar negara,” katanya.

Sementara itu, Pos Malaysia juga mengambil inisiatif dengan mengadakan majlis anugerah tahunan bagi menghargai usaha pihak sekolah yang aktif menggerakk­an kelab setem mereka.

“Kami juga secara berterusan akan membantu sekolah-sekolah ini dalam pelbagai cara termasuk membuka peluang murid mempamerka­n koleksi mereka di peringkat antarabang­sa di pameran yang diadakan di luar negara,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia