Utusan Borneo (Sabah)

Mayat lelaki ditemui di rumah kosong

-

KUCHING: Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh ditemui di sebuah rumah kosong di Lorong Dusun, Jalan Ong Tiang Swee di sini sekitar jam 10 pagi pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Denis Leong berkata, mayat tersebut ditemui oleh orang awam yang kemudian melaporkan kepada pihak polis.

Katanya, anggotanya terus ke lokasi kajadian untuk menjalanka­n siasatan bersama pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

“Bagaimanap­un, identiti mayat tersebut belum dapat dikenal pasti dan kita memohon orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga untuk tampil membantu kita mengenal pasti identiti mayat tersebut.

“Justeru, setakat ini kita belum dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana kes lain sehingga kita mendapat pengesahan identiti mayat tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, sebelum ini terdapat empat individu ditangkap susulan laporan kehilangan seorang lelaki pada 12 Januari lalu yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan mayat tersebut.

“Buat masa ini, kita belum dapat mengenal pasti identiti mayat tersebut dan sukar untuk kita mengesahka­n sama ada mayat tersebut adalah mangsa kes berkenaan atau bukan,” jelas Denis.

Denis selain itu mengesahka­n kes tersebut disiasat sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita difahamkan oleh anggota paramedik terdapat kesan luka pada mayat tersebut.

“Sungguhpun begitu, bedah siasat akan dijalankan esok (hari ini) untuk mengetahui punca kematian mangsa,” jelasnya.

Mayat tersebut kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) menggunaka­n kenderaan polis.

“Kita percaya mangsa sudah meninggal dunia sejak dua atau tiga hari lepas berdasarka­n keadaan mayat yang mulai reput,” kata Denis lagi.

Turut dijumpai di tempat kejadian ialah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai milik mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubung­i mana-mana balai polis berhampira­n.

 ??  ?? MAYAT tersebut dihantar ke HUS untuk bedah siasat.
MAYAT tersebut dihantar ke HUS untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia