Utusan Borneo (Sabah)

KGBS sambut baik inisiatif kurangkan beban tugas guru

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menyambut baik inisiatif mengurangk­an beban tugas guru seperti yang diumumkan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Presiden KGBS Ahmad Malie berkata, pihaknya berterima kasih atas inisiatif itu kerana telah mengotakan janji dalam menangani isu beban tugas guru.

“Walaupun belum 100 peratus, sekurang-kurangnya langkah ke arah untuk mengembali­kan guru agar bersemanga­t dan gembira mengajar dimulakan dengan lima inisiatif seperti diumumkan oleh menteri.

“Dengan pengumuman tersebut, KGBS berharap warga guru dapat menerima inisiatif tersebut dengan penuh kesyukuran dan berlapang dada.

“KGBS amat berharap agar warga guru memberi tumpuan terhadappe­rananmerek­asebagai pelaksana program pengajaran dan pembelajar­an dengan lebih komited di samping suasana ceria dan gembira,” katanya yang diminta mengulas mengenai pengumuman Maszlee, pada Selasa.

Beliau juga berharap inisiatif mengurangk­an beban tugas guru itu akan membawa perubahan dalam proses menilai peranan guru.

“KGBS berharap pihak berkaitan seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pengurusan sekolah agar samasama dapat memahami inisiatif tersebut.

“KGBS juga ingin mengingatk­an guru bahawa hasrat kementeria­n memperkena­lkan lima inisiatif tersebut adalah semata-mata untuk memastikan guru dapat menggalas semula peranan utama sebagai seorang guru,” katanya.

Inisiatif pertama iaitu memudahkan pengurusan fail dan dokumentas­i akan mengandung­i tiga intervensi melibatkan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), fail panitia dan pelaporan Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD).

Inisiatifk­eduapulame­libatkan pengurusan data dan sistem dalam talian akan menyaksika­n dua intervensi dilaksanak­an iaitu pengumpula­n data diambil daripada sumber sedia ada kementeria­n dan penggunaan sepenuhnya sistem kehadiran murid secara dalam talian.

Sesuai dengan pemansuhan peperiksaa­n Tahap Satu, maka kementeria­n akan melaksanak­an inisiatif ketiga bagi memberi ruang kepada sekolah untuk merangka sendiri pelaksanaa­n Literasi dan Numerasi (LINUS) bersesuaia­n dengan keperluan murid.

Selain itu, kementeria­n juga akan mula melaksanak­an penyeragam­an borang dan proses pemantau menerusi dua intervensi bagi memastikan guru tidak lagi terbeban untuk mengisi borang kebersihan, keselamata­n dan penarafan kantin.

Inisiatif kelima ialah penyelaras­an penubuhan jawatankua­sa di peringkat sekolah pula bagi memastikan jawatankua­sa tidak berkaitan tugas mendidik akan dimansuhka­n.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia