Utusan Borneo (Sabah)

Perodua Aruz boleh ditempah di Ngu Chung Beng & Sons Corp

-

KUALA LUMPUR: Rancangan kerajaan untuk membinasat­ujutaunitr­umah mampu milik dalam tempoh 10 tahun akan datang, boleh dicapai walaupun sukar,” kata seorang perunding hartanah.

Rancangan yang diumumkan baru-baru ini oleh Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina 100,000 unit rumah setahun, mulai tahun ini, akan membolehka­n lebih ramai penduduk dalam kumpulan pendapatan B40 menjadi pemilik rumah.

Pengarah Urusan CBRE|WTW, Foo Gee Jen Foo berkata, sasaran 100,000 rumah adalah praktikal dan realistik dari segi pembanguna­n tetapi kerajaan mesti terlebih dahulu membetulka­n dasar perumahan.

“Saya yakin kerajaan baharu boleh mencapai rancangan ini kerana tujuannya lebih praktikal dan (rancangan itu) adalah dalam tempoh 10 tahun.

“Bagaimanap­un, kita tidak sepatutnya meletakkan tanggungja­wabinisepe­nuhnya kepada sektor swasta kerana jika ia dipacu sepenuhnya oleh mereka, akan ada subsidi silang yang lebih besar oleh kumpulan pendapatan Pertengaha­n 40,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Laporan Prestasi Pasaran Hartanah Malaysia 2019 oleh CBRE|WTW di sini, semalam.

Foo berkata, rancangan perumahan yang mampu milik oleh kerajaan sebelum ini yang bertujuan untuk membina satu juta rumah dalam satu tempoh pilihan raya, hanya dapat mencapai kurang daripada 20 peratus sasaran.

Beliau berkata, kerajaan perlu memastikan mengenai lokasi yang tepat bagi pembanguna­n rumah mampu milik ini untuk mengelak berulangny­a masalah di Bukit Beruntung, Selangor, di mana beribu-ribu rumah kos rendah dibina tetapi terdapat hanya beberapa pembeli.

“Untuk projek itu berdaya maju, infrastruk­tur di sekitar kawasan pembanguna­n berkenaan mestilah betul,” kata Foo, sambil menambah bahawa setiap wakil yang dipilih ketika itu memperjuan­gkan keperluan perumahan pengundi mereka dan mahu rumah mampu milik dibina di kawasan masing-masing.

“Malangnya, ketiadaan infrastruk­tur yang telah siap menjadikan rumah siap dibina tidak dapat diterima (oleh pembeli),” tambahnya. — Bernama SIBU: Kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz kini boleh ditempah di Ngu Chung Beng & Sons Corp Sdn Bhd (NCB), Jalan Salim selepas pelancaran rasmi SUV pertama Perodua itu malam kelmarin.

Menurut Pengarah Eksekutif NCB, Esther Kong Sing Kiu, SUV tujuh tempat duduk ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5 X yang berharga RM74,900 dan 1.5 Advance (AV) yang berharga RM79,900, harga atas jalan tidak termasuk insurans.

Kedua-dua varian katanya, menggunaka­n enjin sama iaitu unit empat silinder NA 1.5 liter, di mana enjin kenderaan cekaptenag­a(EEV)inimampu menghasilk­an penggunaan bahan api 15.6 km/l.

“Aruz boleh didapati dalam lima pilihan warna iaitu Granite Grey, Electric Blue, Glittering Silver, Ivory White dan Amazon Green,” ujarnya kepada pemberita selepas pelancaran Aruz di bilik pameran NCB, malam kelmarin.

Turut sama melancarka­n malam kelmarin ialah Pengarah Urusan NCB, Dato Sri Peter Ngu Ung Yong serta yang lain.

Menyentuh mengenai jaminan, Esther berkata jaminan yang diberi adalah selama lima tahun atau 150,000km, sama seperti yang ditawarkan untuk Perodua Myvi baharu.

Kedua-dua varian Aruz jelas beliau, datang terus dengan rim aloi 17 inci dua tona, sistem masuk tanpa kunci dan butang pemula, peranti SmartTAG bersepadu, enam beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, Hill Start Assist, Hill Descent Control dan cagak Isofix pada tempat duduk baris kedua.

“Varian 1.5L AV dilengkapi dengan fungsi automatik untuk lampu utama, lampu kabus hadapan, rel bumbung, skid plate, balutan kulit, roda stereng dan tombol gear dibalut kulit, kemasan papan pemuka serta pintu hitam berkilat dan krom, fungsi SmartLink pada head unit dan perakam video bersepadu (DVR).

“Pakej keselamata­n Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 juga adalah khusus untuk varian 1.5L AV sahaja, dan ia termasuk Pre-collision Warning, Pre-collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperati­on Control,” jelasnya.

Menurut Esther, Aruz merupakan model transforma­sikeempatP­erodua dan menunjukka­n kemasukan semula Perodua dalam segmen SUV selepas Nautica dan Kembara sebelum ini.

 ??  ?? PETER Ngu (kanan) bersama Esther Kong (kiri) serta yang lain pada majlis pelancaran Perodua Aruz, malam kelmarin.
PETER Ngu (kanan) bersama Esther Kong (kiri) serta yang lain pada majlis pelancaran Perodua Aruz, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia