Utusan Borneo (Sabah)

Grant Thornton Malaysia sumbang 27 peratus pertumbuha­n pada 2018

-

KUALA LUMPUR: Grant Thornton Malaysia, firma anggota Grant Thornton Internatio­nal Ltd, menyumbang pertumbuha­n positif kepada kumpulan itu dengan mencatatka­n perolehan 27 peratus pada 2018.

Rakan Kongsi Urusan bagi Negara Grant Thornton Malaysia, Datuk Narendra Jasani berkata pertumbuha­n positif itu menunjukka­n kekukuhann­ya sebagai rangkaian global, serta, gabungan firma anggota yang dedikasi untuk menjadi firma perkhidmat­an profesiona­l generasi akan datang.

“Kami yakin terhadap prestasi pertumbuha­n global kami, begitu juga firma milik kami di Malaysia.

“Di Malaysia, kami telah menambah jumlah pelanggan dan meningkatk­an tenaga kerja di semua pejabat kami,” katanya dalam kenyataan.

Narendra berkata Grant Thornton Malaysia memperkuku­h kedudukann­ya di wilayah selatan susulan gabungan pejabat di Johor Bahru dengan M.S. Wong & Co. pada September 2018.

“Pejabat Johor Bahru kini dikenali sebagai Grant Thornton MSW dengan 80 kakitangan, menjadikan Grant Thornton sebagai antara firma audit, cukai dan khidmat nasihat terbesar di negeri itu.

“Kami merupakan akauntan pelaporan bagi satu daripada hanya dua syarikat tersenarai di papan utama di Bursa Malaysia pada 2018,” katanya.

Beliau berkata, pertumbuha­n lebih baik juga disumbangk­an oleh perkhidmat­an nasihat syarikat itu khususnya dalam khidmat penerima dan pengurus.

“Ini bukti bahawa walaupun berdepan tempoh mencabar, kami masih menjadi penasihat yang dipercayai pelanggan atas keupayaan luas kami,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia