Utusan Borneo (Sabah)

Jualan Tahun Baharu Cina di Siong How bermula hari ini

-

KUCHING: Siong How Electrical & Electronic Sdn Bhd menganjurk­an Jualan Tahun Baharu Cina di semua tujuh outletnya di Kuching bermula hari ini.

Jualan berkenaan menawarkan harga runtuh kepada semua produk elektrik dan elektronik­nya.

Pelanggan boleh mengunjung­i tujuh outlet Siong How Electrical & Electronic yang terletak di MJC, Batu 3, Batu 7, Siburan, Taman Lee Ling (Matang), selain daripada ibu pejabatnya di Jalan Perdana, Pending yang dibuka tujuh hari seminggu.

Selain itu Siong How Electrical & Electronic Sdn Bhd juga mengadakan Jualan Kanopi bermula 17 hingga 20 Januari 2019 hanya di outlet mereka di Batu 3.

Pelbagai tawaran jualan menarik termasuk hadiah percuma bagi pembelian televisyen, di mana pelanggan juga mendapat penyangkut televisyen (television bracket) secara percuma.

Siong How Electrical & Electronic Sdn Bhd merupakan pengedar produk Panasonic, Samsung, LG, Sharp, Hitachi, Toshiba, Beko, Electrolux, Philips, ELBA, Mitsubishi, Milux, Midea, Rinnai, KDK, Joven, Alpha, Morgan, Pensonic, Zenne dan Fotile.

Kesemua produk berkenaan mendapat jaminan sehingga lima tahun tertakluk terma dan syarat dikenakan.

Bagi pelanggan yang berminat mengetahui mengenai perkhidmat­an kredit, mereka mempunyai kemudahan untuk perkhidmat­an kredit Aeon yang menawarkan kelulusan pinjaman dengan mudah.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman sesawang www. sionghow.com.my/contact atau boleh menghubung­i talian 082-333941 atau 082344941.

 ??  ?? ANTARA produk yang dijual di outlet Siong How.
ANTARA produk yang dijual di outlet Siong How.
 ??  ?? PELBAGAI barangan termasuk untuk bilik mandi bakal menjadi pilihan pelanggan sempena Jualan Tahun Baharu Cina.
PELBAGAI barangan termasuk untuk bilik mandi bakal menjadi pilihan pelanggan sempena Jualan Tahun Baharu Cina.
 ??  ?? BAHAGIAN barangan dapur juga ditawarkan harga terbaik kepada pelanggan.
BAHAGIAN barangan dapur juga ditawarkan harga terbaik kepada pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia