Utusan Borneo (Sabah)

Kawan Food jual 200 kontena roti leper rendah GI dalam tiga tahun

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar makanan beku, Kawan Food Bhddijangk­aakanmenju­alkirakira 200 kontena atau 4,000 tan roti leper India dengan indeks glisemik yang rendah (rendah GI) dalam tempoh tiga tahun melalui pasaran domestik dan eksport.

Pengarah Urusan Timothy Tan berkata syarikat itu mengekspor­t produk kepada lebih kurang 40 buah seperti Kanada, United Kingdom, Australia dan Perancis.

Separuh daripada eksport dihantar ke Amerika Syarikat (AS), yang merupakan pasaran utama syarikat.

Sekarang ini, eksport merangkumi kira-kira 60 peratus daripada perolehan kumpulan, katanya.

Kawan Food telah bekerjasam­a dengan pakar ramuan, Holista Colltech Ltd, sebuah syarikat tersenarai di Australia yang beribu pejabat di Petaling Jaya, untuk menghasilk­an roti leper rendah GI seperti roti canai dan capati bagi pasaran tempatan dan antarabang­sa.

“Roti canai rendah GI akan dijual di pasaran Malaysia pada April depan manakala eksport ke AS dijangka bermula pada bulan Jun,” katanya kepada pemberita selepas pra pelancaran roti leper rendah GI di sini semalam.

Kawan Food mempunyai kapasiti pengeluara­n tahunan sebanyak kira-kira 30,000 tan yang terdiri daripada kategori produk utama seperti roti bakeri, bun, capati, pencuci mulut, makanan jejari, sayursayur­an, paratha dan pastri ‘spring roll’ beku.

Ia mengekspor­t kira-kira 300 kontena atau 6,000 tan barangan makanan pada tahun lepas.

Kawan Food juga telah memperuntu­kkan antara RM10 juta dan RM15 juta sebagai perbelanja­an modal pada tahun ini yang akan digunakan untuk memperbaik­i dan memperbaha­rui barisan pengeluara­nnya.

Tan ketika mengulas mengenai prestasi kewangan tahun 2019, menjangkak­an keuntungan bersih akan menerima sedikit tekanan pada tahun ini disebabkan oleh penyusutan nilai tahunan pada lebih kurang RM20 juta membabitka­n fasiliti baharunya di Pulau Indah.

Bagaimanap­un, Tan berkata pelancaran dan jualan produkprod­uk yang berinovati­f akan membantu mengurangk­an penyusutan keuntungan.

Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Holista, Datuk Rajen Manicka berkata syarikatny­a terlibat dalam segmen makanan kesihatan seperti makanan tambahan dan ramuan makanan.

Katanya, kandungan makanan yang menerima tanda perniagaan seperti ‘GI Lite’ bukan sahaja menambah variasi kepada produk Kawan Food tetapi ia juga memberikan hasil sebanyak AU$4 juta kepada Hollista.

Menurut beliau lagi, Hollista telah membekalka­n ramuan GI Lite keluaranny­a untuk roti serta mi dan sekarang ini telah bekerjasam­a dengan Kawan Food untuk menghasilk­an roti leper rendah GI. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia