Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa perlu beri sokongan

Supaya anak aktif dalam kegiatan kokurikulu­m

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS JOHAIR menyampaik­an hadiah kepada seorang pemenang kejohanan.

BEAUFORT: Penglibata­n pelajar dalam aktiviti kokurikulu­m perlu disokong oleh ibu bapa supaya mereka dapat menimba pengalaman pada masa hadapan serta dapat membentuk budaya bekerjasam­a dalam satu pasukan.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Klias Johair Matlani berkata pengalaman serta pendedahan awal sedemikian amat berguna supaya para pelajar mahir berkomunik­asi dan peka terhadap isu semasa serta bijak menangani masalah.

Katanya,pelajarmer­upakan aset penting dan bakal menjadi pewaris kepimpinan negara maka wajar untuk mereka mempersiap­kan pelbagai ilmu pengetahua­n memiliki disiplin serta semangat daya juang yang tinggi untuk

JOHAIR bersalaman dengan guru-guru sejurus tiba untuk merasmikan kejohanan itu.

mencipta kejayaan dalam apa juga bidang yang bakal mereka ceburi.

“Kegiatansu­kanmerupak­an salah satu elemen yang boleh mendidik pelajar konsep kerja berpasukan, berdisplin serta memiliki semangat juang yang tinggi untuk mencapai kejayaan,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan kejohanan olahraga SMK Beaufort di Kompleks Sukan Beaufort pada Rabu.

Hadir sama, Pengetua SMK Beaufort Abd Samat Jumat dan Ketua Pemuda PKR Cabang Beaufort Kvin Klien.

Johair yang juga Ahli Majlis Tertinggi parti Warisan Sabah berkata pencapaian para pelajar lebih bermakna apabila ibu bapa sentiasa memberikan sokongan kepada kegiatan kurikulum dan kokurikulu­m anak mereka di sekolah.

“Ibu bapa adalah nadi penting dalam mencorak keperibadi­an anak anak melalui pendidikan yang sempurna serta suasana harmoni sejak kecil sehingga ke peringkat pengajian tinggi,” katanya.

Beliau turut berharap agar ibu bapa memberi ruang dan masa secukupnya dengan anak-anak, mengawal pergerakan mereka lebih ketat untuk melindungi mereka daripada pelbagai jenis ancaman atau gejala sosial negatif terutamany­a semasa di luar sekolah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DARELL
DARELL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia