Utusan Borneo (Sabah)

PKR Putatan adakan lawatan susulan kepada mangsa kebakaran

-

PUTATAN: Timbalan Ketua Cabang PKR Putatan Mohd Lan Muslim mengadakan lawatan susulan peduli rakyat kepada mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih, di sini pada Isnin.

Beliau yang diberi mandat oleh Ketua Cabang PKR yang juga Ahli Parlimen Putatan Awang Husaini Datuk Sahari sebagai pengerusi Tabung Bencana Kebakaran Kampung Pasir Putih meluangkan masa untuk bersama mangsa kebakaran untuk mendengark­an keluh kesah mereka dan mencari jalan untuk mengatasin­ya.

Mohd Lan memaklumka­n Ahli Parlimen Putatan melalui Pejabat Parlimen dengan kerjasama PKR Cabang Putatan menubuhkan Sekretaria­t Bencana Keadilan di bawah seliaan beliau.

Inisiatif itu mendapat kerjasama yang erat daripada UPPM Tg Aru dan UPPM Petagas bagi memastikan mereka yang ditimpa musibah mendapat perhatian sewajarnya.

Turut serta dalam lawatan itu adalah PPM DUN Tg Aru Yunus Busok, Wakil Pejabat DUN Petagas Juriah Hj Uda serta AJK Cabang Parsat Ekong, Ag Maslim, Haji Samsu Garam, Haji Musbah Ahmad, Patrick @Peter Manius dan Ponsiun Aloysius, AJK Wanita Cabang, Ketua AMK Putatan Sharizan Jamal Ansari serta AJK AMK, Ketua Ranting Mariam Amir dan rakan-rakan Keadilan yang lain.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Alfakir Sh Abdul Qayyum Paduka Ayahanda Khalifah Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Hikmah Selendang Hijau dan Presiden Pertubuhan Generasi Intelek Putatan Erwan Hakim.

 ??  ?? MOHD Lan (tengah) ketika melawat mangsa kebakaran.
MOHD Lan (tengah) ketika melawat mangsa kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia