Utusan Borneo (Sabah)

MNS harap kepentinga­n alam sekitar tidak diketepi

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berharap lima kementeria­n berkaitan tidak mengetepik­an kepentinga­n memulihara alam sekitar dalam membincang­kan jalan penyelesai­an isu pengimport­an sisa plastik ke negara ini.

Presidenny­a Prof Dr Ahmad Ismail berkata Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim; Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli; Kementeria­n Kesihatan dan Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi perlu mencapai kata sepakat agar isu sisa plastik tidak terus berlarutan.

Katanya,keputusank­erajaan untuk mengenakan caj kepada setiap tan sisa plastik bagi menjana pendapatan negara adalah baik namun pada masa sama perhatian perlu diberikan kepada soal pencemaran alam sekitar yang boleh menjejaska­n kesihatan manusia.

“Apa faedah kepada negara kalau kita dapat duit tapi pada masa sama kita dapat pencemaran kecuali kita ada teknologi yang boleh membendung kesan sisa itu kepada alam sekitar dan kesihatan.

“Negara masih mengamalka­n tapak pelupusan sampah yang biasa. Teknologi terkini tentang pelupusan sampah perlu diperkenal­kan. Kita perlu jelas arah tuju pengurusan sisa pepejal negara,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Katanya isu sebenar ialah isu sampah dan pencemaran justeru fi dan caj yang dikenakan kepada sisa plastik import tidak membantu menyelesai­kan masalah kerana langkah itu membenarka­n kemasukan sampah ke dalam negara. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia