Utusan Borneo (Sabah)

Penyanyi keluaran Pentas 6 Juara bakal muncul single kedua

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

DUA penyanyi tempatan kelahiran Pentas 6 Juara iaitu Nurul Syarifah Amirah Juman (Syamiraa) dan Norlizah Jony (Norlizah) masing-masing bakal muncul dengan single kedua pada tahun ini.

Syamiraa yang merupakan Juara Genre Balada Pentas 6 Juara 2017 akan keluar dengan single berjudul Sukar Kumiliki, hasil ciptaan Abg Kamal.

Berasal dari Kampung Paris Satu, Kinabatang­an, beliau yang mendapat dorongan daripada ibu bapa, keluarga dan sahabat itu sebelum ini pernah keluar dengan single pertama berjudul Pergi Tanpa Pesan, hasil ciptaan Abg Kamal dan Charl Sumilau.

Gemar bersukan, melancong dan minat menyanyi sejak dari sekolah menengah, penyanyi dari suku kaum Sungai ini menyimpan azam untuk terus sukses dalam bidang nyanyian.

Sementara, Norlizah yang merupakan finalis Pentas 6 Juara Mentor Musim Kedua 2018 akan muncul dengan single bertajuk Pesona Hati, juga ciptaan Abg Kamal.

Penyanyi dari Kampung Segaliud, Sandakan berkenaan suka berniaga dan mulai meminati bidang nyanyian sejak berumur 12 tahun.

Berperwata­kan ceria dan prihatin, beliau sebelum ini telah muncul dengan single pertama bertajuk Layar Kenangan hasil ciptaan Aliamat J dan Sunita.

Pentas 6 Juara 2017 dan Pentas 6 Juara Mentor 2018 merupakan anjuran CT Group Resources & Event Management dengan kerjasama Generasi Studio serta Chromatic Studio.

Kedua-dua artis tempatan itu juga merupakan finalis Carta Lagu Pantai Timur (CLaPT) Musim Kedua 2018 anjuran Sandakanfm.

Mereka berharap akan terus sukses dalam bidang nyanyian selain mendapat sokongan padu daripada peminat setia terhadap single kedua yang akan keluar nanti.

 ??  ?? NORLIZAH
NORLIZAH
 ??  ?? SYAMIRAA
SYAMIRAA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia