Utusan Borneo (Sabah)

PDRM lantik badan bebas

Untuk kaji tahap persepsi rasa selamat rakyat

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melantik satu badan bebas bagi mengkaji tahap persepsi rasa selamat rakyat, kata

Ketua

Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata meskipun indeks jenayah negara menurun saban tahun, persepsi rasa selamat rakyat di negara ini belum berada pada tahap yang memuaskan. “Saya telah arahkan pihak R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n) Ketua Polis Negara PDRM dan JPJKK (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti) kenal pasti satu badan bebas yang akan mengkaji tahap persepsi rakyat.

“Daripada kajian itu, kita akan dapat petunjuk untuk tingkatkan keyakinanr­akyatdanme­mbolehkan kita memperbaik­i persepsi berkenaan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman di sini,pada Rabu.

Terdahulu, Mohamad Fuzi dalam ucapannya berkata semua negeri berjaya mencatatka­n penurunan kes mengikut nilai ambang yang ditetapkan pada tahun lepas.

“Berdasarka­n perbanding­an Indeks Jenayah Per 100,000 Penduduk Se-Malaysia, bermula 1 Jan hingga 31 Dis 2018, sejumlah 88,662 kes telah dilaporkan berbanding nilai ambang yang ditetapkan bagi tahun itu sebanyak 100,611 kes. Ini menunjukka­n penurunan sebanyak 11.9 peratus bersamaan 11,949 kes,” katanya.

Menurut Mohamad Fuzi, peningkata­n jumlah keahlian Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang mencecah kirakira 1.2 juta orang sehingga 31 Dis merupakan satu daripada faktor yang menyumbang kepada penurunan kadar indeks jenayah di seluruh negara.

“Sehingga kini, sebanyak 60,552 aduan telah diterima dengan 59,945 aduan telah diambil tindakan,” jelasnya.

Pada majlis itu, Mohamad Fuzi turut menyampaik­an Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 47 pegawai dan anggota polis sebagai menghargai semangat kepahlawan­an, pengorbana­n dan kebaktian mereka kepada negara.

Beliau turut menyampaik­an Sijil Penghargaa­n kepada Koperal E. Sashi Kumar, Koperal Ahmad Rafee Razali dan Koperal Ashraf Khaiyum Maridzuan yang bertugas di Lebuhraya Zon Utara, Cawangan Penguatkua­saan, Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik kerana terlibat dalam operasi membantera­s penyeludup­an 500 kilogram dadah yang ditemukan di dalam sebuah lori kontena di Hentian Taiping Lebuhraya Utara-Selatan pada Sabtu lepas. - Bernama

“Saya telah arahkan pihak R&D (penyelidik­an dan pembanguna­n) PDRM dan JPJKK (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti) kenal pasti satu badan bebas yang akan mengkaji tahap persepsi rakyat. Daripada kajian itu, kita akan dapat petunjuk untuk tingkatkan keyakinan rakyat dan membolehka­n kita memperbaik­i persepsi berkenaan dari ” semasa ke semasa. ..... TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia