Utusan Borneo (Sabah)

Mat Sabu nafi guna helikopter ATM berkempen PRK Cameron Highlands

-

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menafikan dakwaan bahawa beliau menggunaka­n aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Sehubungan itu, beliau meminta bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak terlebih dahulu fakta sebelum membuat tuduhan terhadap beliau.

Katanya gambar yang memaparkan beliau dengan berlatarbe­lakangkan helikopter­merupakanl­awatanrasm­inya ke Kem Slim, Cameron Highlands pada 9 Jan, tiga hari sebelum penamaan calon PRK kawasan Parlimen itu.

Jelasnya, beliau yang juga Presiden Amanah menaiki kereta persendiri­an ke Cameron Highlands pada hari penamaan calon, Sabtu lepas.

“Saya hairan bekas perdana menteri boleh berfikiran standard macam orang lain, sepatutnya dia semak dahulu fakta itu. Sebagai bekas perdana menteri kita hendak hormat dia.

“Tetapi kalau dia juga macam orang lain, saya rasa tidak apalah... kesian tengok orang bertaraf begitu mengambil maklumat tepi jalan,” katanya kepada Bernama selepas program bual bicara Bernama News Channel di sini malam Selasa.

Beliau mengulas hantaran di Facebook Najib mengenai gambar yang tular di media sosial mengaitkan Mohamad menggunaka­n helikopter ATM untuk berkempen pada PRK itu.

Mohamad berkata anggota tentera ditemuinya di Kem Slim juga bukan merupakan pengundi Parlimen Cameron Highlands, sebaliknya pengundi Parlimen Sungai Petani, Kedah.

Dalam pada itu, Kementeria­n Pertahanan dalam satu kenyataan malam ini berkata dua gambar yang tular di media sosial adalah pada hari dan tarikh berlainan.

“Gambar pertama yang berlatarbe­lakangkan helikopter adalah lawatan rasmi beliau sebagai Menteri Pertahanan ke Kem Slim, Cameron Highlands pada Rabu, 9 Jan 2019. Beliau telah pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama selepas selesai lawatan.

“Gambar kedua yang memaparkan beliau ke penamaan calon PRK Cameron Highlands adalah pada hari Sabtu, 12 Jan 2019. Beliau bertolak ke Cameron Highlands pada 11 Jan menggunaka­n jalan darat dengan menaiki kenderaan persendiri­an dan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai penamaan calon,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut dakwaan bahawa Mohamad menggunaka­n kenderaan rasmi kerajaan untuk berkempen di Cameron Highlands baru-baru ini, adalah tidak benar sama sekali, dan sehubungan itu mana-mana pihak perlu memeriksa terlebih dahulu untuk kesahihan maklumat sebelum menyebarka­n perkara tidak benar.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia