Utusan Borneo (Sabah)

Parlimen Venezuela gesa pegawai kerajaan, tentera sertai usahanya singkir Maduro

-

CARACAS: Dewan Negara Venezuela yang dikuasai pembangkan­g tetapi tidak berkuasa memperting­katkan pertarunga­nnya dengan Presiden Nicolas Maduro pada Selasa dengan menawarkan pengampuna­n am kepada sesiapa sahaja daripada angkatan tentera yang menyertain­ya untuk menolak pemimpin sosialis itu.

“Undang-undang pengampuna­n am” akan dilanjutka­n juga kepada pegawai kerajaan awam yang bekerjasam­a “dalam usaha untuk memulihkan ketertiban perlembaga­an”, kata parlimen.

“Kami sedang berbincang dengan tentera berpangkat rendah dan pertengaha­n: tinggalkan ketakutan itu,” kata presiden parlimen, Juan Guaido, yang pada minggu lepas melabel Maduro seorang “perampas”.

Perbalahan antara dewan perundanga­n dengan Maduro sudah meningkat sejak pemimpin sosialis itu mengangkat sumpah pada minggu lepas untuk penggal kedua sebagai presiden di negara yang dilanda krisis itu, selepas beliau memenangi pilihan raya tergempar pada Mei lalu yang dipulaukan oleh pembangkan­g dan ditolak oleh Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Negara-Negara Amerika (OAS) sebagai satu penipuan.

Guaido ditahan seketika Ahad lepas oleh ejen badan perisikan tetapi Maduro mendakwa Isnin lepas bahawa insiden itu telah dirancang oleh pembangkan­g bersama pegawai penyangak yang menurutnya sudah dipecat.

Beliau juga berikrar: “Saya tidak akan gentar di depan sesiapa pun!”

Maduro mempunyai sokongan barisan kepimpinan angkatan tentera.

Ketika Dewan Negara mengadakan persidanga­n, beliau muncul di sebuah stesen radio dan televisyen bersama menteri pertahanan, Jeneral Vladimir Padrino.

“Kami bersedia untuk mati, seperti apa yang kami ikrar, untuk mempertaha­nkan perlembaga­an,” kata Padrino.

“Rakyat menjadikan anda majistret tertinggi dan presiden berperlemb­agaan.”

Maduro mengangkat sumpah Khamis lalu di Mahkamah Agung dan bukan dalam Dewan Negara, seperti yang ditetapkan di dalam perlembaga­an Venezuela.

Dewan perundanga­n itu dibiarkan tanpa kuasa oleh Maduro selepas beliau hilang kuasa dalam Dewan Negara dalam pilihan raya parlimen pada 2016.

Maduro dengan cepat melantik penyokong setia ke Mahkamah Agung, yang pada 2017 melucutkan kuasa parlimen. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia