Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Suruhanjay­a EU gesa Britain segera ‘jelaskan hasratnya’ berhubung Brexit

-

ANKARA: Presiden Suruhanjay­a Eropah pada Selasa menggesa Britain untuk ‘menjelaska­n hasratnya’ berhubung isu Brexit secepat mungkin kerana masa semakin suntuk, lapor agensi berita Anadolu.

“Risiko UK (United Kingdom) keluar secara tidak sempurna semakin meningkat ekoran pengundian itu. Meskipun kita tidak mahu ia berlaku, Suruhanjay­a Eropah akan terus melaksanak­an kerja-kerja kontigensi bagi membantu memastikan Kesatuan Eropah (EU) benarbenar bersedia,” kata JeanClaude Juncker menerusi satu kenyataan.

Anggota Parlimen Britain menolak usul Perdana Menteri Britain, Theresa May, untuk keluar dari EU selepas 432 daripada mereka mengundi menolak perkara berkenaan pada Selasa.

Undian bersejarah itu menyaksika­n usaha kerajaan May berhubung Brexit selama dua tahun dengan pegawai EU, kini dianggap sebagai tidak sah dan batal.

“Dukacita saya mengambil maklum terhadap undian Dewan Rakyat petang ini (Selasa),” kata Juncker.

Beliau berkata, bagi pihak EU, proses ratifikasi perjanjian untuk UK keluar daripada EU masih diteruskan.

“Perjanjian untuk keluar itu adalah kompromi yang adil dan dilakukan sebaik mungkin,” katanya sambil menambah, ia mengurangk­an kesan ‘kerosakan’ akibat daripada Brexit ke atas rakyat dan perniagaan seluruh Eropah.

“Ia menjadi satu-satunya cara bagi memastikan UK keluar daripada EU secara sempuna dan teratur,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia