Utusan Borneo (Sabah)

Bandar Australia antara tempat paling panas di Bumi ketika gelombang bahang melanda

-

SYDNEY: Bandar Australia merupakan antara tempat paling panas di Bumi pada minggu ini selepas gelombang bahang teruk melanda tenggara benua itu, dan jabatan kaji cuaca memberi amaran tentang suhu baharu yang memecah rekod sebelum hujung minggu ini.

Tempoh sejak empat hari lalu adalah antara 10 paling panas di negara itu dalam rekod, dengan suhu yang hampir mencecah 50 darjah Celsius di beberapa tempat, kata Biro Meteorolog­i pada Rabu.

“Dengan Australia Selatan yang memecah beberapa rekod sepanjang zaman semalam, ia pasti akan meletakkan rantau ini sebagai salah satu bahagian paling panas di dunia semalam, jika tidak tempat paling panas,” kata pakar meteorolog­i kanan biro, Philip Perkins, kepada AFP.

“Tempat yang memecah rekod semalam sudah pun lebih panas pada masa ini hari ini seperti semalam.”

Suhu tinggi biasa berlaku di Australia pada musim panas yang kering di hemisfera selatan, dan kebakaran belukar biasa berlaku.

Namun perubahan iklim telah menaikkan suhu tanah dan laut dan membawa kepada lebih banyak hari yang amat panas selain musim kebakaran yang serius.

Antara bandar di negeri South Australia yang meng-alami suhu paling panas dalam rekod pada Selasa adalah bandar kecil Tarcoola di utara negeri itu, yang mencecah 49 darjah Celsius.

Bandar Port Augusta mencatatka­n suhu 48.9 darjah Celsius, hampir satu darjah lebih tinggi berbanding rekod lama yang dicipta pada 7 Februari 2009 – hari sama negeri Victoria mengalami kebakaran belukar ‘Black Saturday’ yang mengorbank­an 173 orang dalam bencana alam terburuk di negara itu.

Bandar gurun Coober Pedy – di mana beberapa penduduk tinggal di bawah tanah untuk melindungi diri daripada keadaan sukar – menyamai rekod suhunya 47.4 darjah Celsius.

Di ibu negeri, Adelaide, di mana acara sukan berbasikal Tour Down Under dan acara sukan kriket One Day Internatio­nal antara Australia dan India sedang diadakan, atlet mengalami suhu maksimum 41.9 darjah Celsius.

Suhu pada waktu malam juga dijangka terus tinggi, sebelum perubahan cepat kepada keadaan lebih sejuk dari lewat hari ini (Khamis) apabila medan sejuk kini di atas Lautan Selatan bergerak di selatan Australia, kata Perkins.

“Segalanya umpama periuk tekanan sedikit buat masa sekarang, dan segalanya semakin panas dan lebih lembap dan semua kita sedang menunggu perubahan ini berlaku,” ujarnya. — AFP

WASHINGTON:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia