Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dituduh bunuh pengembara Britain mengaku tidak bersalah

-

WELLINGTON: Lelaki yang dituduh membunuh seorang pengembara dari Britain, Grace Millane, di New Zealand pada bulan lepas me-ngaku tidak bersalah ketika dia membuat penampilan singkat di mahkamah pada Rabu.

Millane hilang sehari sebelum hari jadinya yang ke-22 pada bulan lepas ketika dia mengadakan percutian di seluruh dunia selepas dia lulus daripada universiti.

Pembunuhan itu mengejutka­n New Zealand, yang biasanya dianggap sebagai tempat yang selamat untuk dikunjungi, dan rakyat di seluruh negara mengadakan ‘vigil’ dan Perdana Menteri Jacinda Ardern memohon maaf dengan ikhlas kepada keluarga Millane.

Tertuduh yang berusia 27 tahun, dengan identiti yang dirahsiaka­n oleh mahkamah, ditangkap seminggu kemudian dan polis menjumpai mayat pelancong berkenaan pada keesokan hari di pinggir Auckland.

Tertuduh dijadual menghadapi perbicaraa­n pada November.

“Terdapat rasa luka dan malu ini begitu mendalam yang telah berlaku di negara kita, tempat yang bangga dengan hospitalit­i kami,” katanya.

Defendan sudah dikenali dalam media sosial dan oleh saluran berita di luar New Zealand, yang mendorong teguran kerajaan kepada syarikat teknologi gergasi Google kerana melanggar perintah kerahsiaan mahkamah.

Hakim Simon Moore memberi amaran kepada media dan lainlain dalam bilik mahkamah bagi pendengara­n pada Rabu untuk tidak meng-ambil gambar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia