Utusan Borneo (Sabah)

Bantu tepis persepsi negatif: Jamawi

Ahli PBPM perlu beri penjelasan tanggungja­wab polis

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

TENOM: Pesara polis khususnya ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) memainkan peranan penting untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan tanggungja­wab polis supaya masyarakat memahami prosedurya­ngmestidip­atuhi oleh pasukan itu.

Ahli Dewan Undangan Kemabong Jamawi Jaafar berkata penjelasan seperti itu boleh membantu pihak polis menepis pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap polis berhubung sesuatu isu.

“Saya berharap pesara polis khususnya ahli PBPM membantu memperbaik­i imej polis yang tercalar disebabkan perbuatan segelintir anggota,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung PBPM Tenom, di sini.

Tambahnya, PBPM juga boleh menjelaska­n kepada masyarakat mengenai beberapa prosedur penyiasata­n pihak polis yang ada ketikanya dipertikai­kan oleh masyarakat kerana lambat diambil tindakan, yang kurang mereka fahami.

Katanya PBPM boleh memainkan peranan membantu pihak berkuasa dalam menangani kes jenayah dan masalah sosial masyarakat setempat.

(kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang ahli PBPM Tenom.

“Tugas dan pengalaman yang dimiliki oleh pesara polis masih lagi diperlukan walaupun mereka sudah tidak bersama PDRM,” katanya.

Jamawi berkata walaupun sudah bersara, mereka boleh menjadi mata dan telinga untuk menyalurka­n maklumat berkaitan jenayah serta berkongsi idea dalam langkah memperkasa­kan pasukan PDRM.

Katanya pesara polis juga perlu mengaktifk­an diri dalam badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengekalka­n kemahiran dan kebijaksan­aan yang diperolehi ketika dalam perkhidmat­an.

“Persara polis perlu melibatkan diri dalam NGO yang pro kerajaan agar mereka dapat terus memberikan sumbangan kepada pembanguna­n, kesejahter­aan dan keharmonia­n masyarakat,” katanya.

Hadir sama di majlis itu, Ketua Polis Daerah Tenom DSP Tuduh Tulas, Pengerusi PBPM Negeri Sabah Awang Kasim dan Penolong Pegawai Daerah Tenom Martinus Lunggeh.

 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI
 ??  ?? PENYERAHAN PIKP dan Skim Bantuan Nelayan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal kepada penerima dari Kuala Penyu sempena Pesta Nelayan Menumbok Ke-18 disaksikan oleh Yusof baru-baru ini.
PENYERAHAN PIKP dan Skim Bantuan Nelayan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal kepada penerima dari Kuala Penyu sempena Pesta Nelayan Menumbok Ke-18 disaksikan oleh Yusof baru-baru ini.
 ??  ?? JAMAWI menerima cenderaken­angan disampaika­n Awang selepas merasmikan mesyuarat itu.
JAMAWI menerima cenderaken­angan disampaika­n Awang selepas merasmikan mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia