Utusan Borneo (Sabah)

SETTC miliki pusat latihan tetap

Dapat dukungan kuat daripada UTSA untuk buka Pusat Latihan Utama di Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pembukaan Pusat Latihan Utama (Dojang) Kelab Taekwondo Scott Elite Tawau (SETTC) di Bangunan Kompleks Fajar di sini, disifatkan perkembang­an positif dalam membudayak­an seni bela diri untuk kesihatan.

Utusan Borneo difahamkan, usaha itu digerakkan oleh SETTC dengan mendapat dukungan kuat daripada Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah (UTSA).

Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman berkata kejayaan SETTC membuka pusat latihan mereka sendiri membuktika­n kelab itu juga mampu berdaya saing.

“Tahniah kepada SETTC sebagai kelab (tunggal) berdaftar dan berpangkal­an di Tawau,” katanya, selepas berucap merasmikan majlis pembukaan pusat itu, pada Ahad.

Ma’mun berkata kejayaan itu diharap berupaya menjadi pencetus semangat SETTC bergiat lebih aktif lagi termasuk menyediaka­n pelapis untuk pasukan kebangsaan.

Menurutnya, kelab itu perlu terus menggilap potensi bakat yang ada lebih-lebih lagi Daerah Tawau sendiri pernah melahirkan ramai atlet dalam taekwondo dan karate-do.

“Kita harap lebih ramai orang tua menghantar anak masing-masing mempelajar­i taekwondo atau seni bela diri yang lain untuk memupuk jati diri dan disiplin mereka.

ANTARA bakat cilik bimbingan SETTC yang mempamerka­n aksi tendangan bertenaga.

“Kelab ini juga membuka peluang kepada anak-anak seawal usia empat tahun untuk mempelajar­i taekwondo, malah ada yang mewakili Sabah dan pasukan kebangsaan.

“Kita melihat seni bela diri ini mampu mendidik disiplin diri, ketahanan mental fizikal dan kesabaran, serta boleh dibudayaka­n sebagai aktiviti kesihatan,” katanya.

Penyelaras program merangkap jurulatih SETTC dan pemegang tali pinggang hitam 3rd Dan Mohd Arfahzansh­ah Marlan berkata pusat itu mula dibuka dari Ogos 2018.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini SETTC mempunyai lebih 400 dari tujuh cawangan melibatkan dua sekolah rendah dan empat sekolah menengah di Tawau.

“Pembukaan pusat ini untuk memudahkan program-program yang dianjurkan oleh kelab seperti seminar, latihan dan menjadi ibu pejabat kepada SETTC sendiri.

“Tahniah kepada SETTC sebagai kelab (tunggal) berdaftar dan berpangkal­an di ” Tawau.

Ahli Parlimen Kalabakan

“Kita mahu melahirkan atlet yang berjaya dalam sukan, pada masa sama boleh bersikap profesiona­l dan mampu menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Hadir sama, Presiden UTSA yang juga pengadil antarabang­sa dan penguji serta pemengang tali pinggang hitam 7th Dan Master Francis Langkab serta Presiden merangkap Ketua Jurulatih SETTC Master Marlan Sahrun.

 ??  ?? ARFAZANSHA­H memberikan taklimat kepada pelatih-pelatih SETTC dan ibu bapa pelatih yang hadir.
ARFAZANSHA­H memberikan taklimat kepada pelatih-pelatih SETTC dan ibu bapa pelatih yang hadir.
 ??  ?? MA’MUN bersama Master Francis dan Master Marlan bermesra dengan pelatih-pelatih cilik SETTC. MA’MUN SULAIMAN
MA’MUN bersama Master Francis dan Master Marlan bermesra dengan pelatih-pelatih cilik SETTC. MA’MUN SULAIMAN
 ??  ?? JURULATIH-jurulatih SETTC diketuai Master Marlan meraikan kehadiran Ma’mun dan Master Francis.
JURULATIH-jurulatih SETTC diketuai Master Marlan meraikan kehadiran Ma’mun dan Master Francis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia