Utusan Borneo (Sabah)

Kecederaan Alexander-Arnold meresahkan Klopp

-

LIVERPOOL, England: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, berdepan dengan satu lagi masalah di bahagian pertahanan apabila pemainnya, Trent Alexander-Arnold dijangka tidak akan dapat beraksi selama empat minggu kerana kecederaan lutut.

Alexander-Arnold mengalami kecederaan ketika Liverpool menewaskan Brighton 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Pemain tengah, Georginio Wijnaldum juga diragui pada perlawanan hujung minggu ini menentang Crystal Palace.

Tetapi pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mungkin lebih bimbang tentang ketiadaan Alexander-Arnold dengan masalah di benteng pertahanan­nya semakin meruncing.

Kakitangan perubatan Liverpool percaya Alexander-Arnold mungkin perlu berehat sehingga empat minggu, sesuatu yang pastinya mengecewak­an Klopp, yang membenarka­n pemain pertahanan kanan, Nathaniel Clyne, menyertai Bournemout­h untuk kontrak pinjaman minggu lepas.

Liverpool sudah tanpa Joe Gomez dan Dejan Lovren di posisi pertahanan tengah untuk perlawanan menentang Palace hujung minggu ini.

Tetapi kepulangan Joe Matip mungkin menyaksika­n Fabinho akan beralih ke posisi pertahanan kanan.

Rafael Camacho, 18, adalah satu lagi pilihan di posisi pertahanan kanan selepas mempamerka­n aksi memberangs­angkan pada penampilan sulung menentang Wolves dalam aksi Piala FA.

Pemain serba boleh, James Milner, juga boleh beraksi di posisi pertahanan untuk Liverpool.

Krisis di benteng pertahanan memaksa Klopp menurunkan barisan pemain berbeza untuk perlawanan Piala FA ketika tewas kepada Wolves.

Kecederaan awal Lovren menyebabka­n pemain berusia 16 tahun, Ki-Jana Hoever, diturunkan bersama-sama Camacho, Fabinho dan Alberto Moreno di benteng pertahanan.

Virgil Van Dijk pulih dari kecederaan untuk diturunkan ketika menewaskan Brighton 1-0 sementara Alexander-Arnold dan Andy Robertson diturunkan selepas direhatkan. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? KANE (kiri) menerima rawatan selepas mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan liga menentang United di Wembley, London pada 13 Januari lepas.
— Gambar Reuters KANE (kiri) menerima rawatan selepas mengalami kecederaan ketika beraksi pada perlawanan liga menentang United di Wembley, London pada 13 Januari lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia