Utusan Borneo (Sabah)

Newcastle terselamat dari penyingkir­an

-

LONDON, England: Newcastle United terselamat dari penyingkir­an Piala FA Inggeris apabila mensiasiak­an pendahulua­n 2-0 sebelum bangkit semula untuk menang 4-2 pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Selasa lepas.

Pengurus Newcastle, Rafael Benitez, menurunkan skuad simpanan yang memaparkan lapan pertukaran dari skuad yang tewas 1-2 di Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas.

Namun skuad beliau bermula dengan baik apabila Sean Longstaff menjaringk­an gol pertamanya untuk Newcastle seawal minit pertama sebelum Callum Roberts, yang diberikan penampilan kesebelasa­n utama sejak Januari 2015, menambah jaringan pada minit ke-22 untuk juga gol pertamanya bersama Newcastle.

Tetapi Blackburn merapatkan kedudukan 12 minit sebelum rehat menerusi gol bekas penyerang Newcastle, Adam Armstrong sebelum Darragh Lenihan mengikat kedudukan pada minit akhir sebelum rehat.

Kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan untuk menentukan pemenang dan permainan berlarutan sehingga ke masa tambahan sebelum Joselu meletakkan Newcastle kembali di hadapan pada minit ke-105 selepas penjaga gol Blackburn, David Raya gagal menangkap kemas rembatan Fabian Schar dan Ayoze Perez melengkapk­an kemenangan tidak lama selepas itu. “Kami mendahului 2-0 dan kemudian

Blackburn beraksi dengan baik tetapi kami bangkit semula, jadi saya gembira dengan usaha dan komitmen pemain. Pemain muda beraksi dengan baik,” kata Benitez. Namun kecederaan kepada pemain pertahanan, Ciaran Clark dan Jamaal Lascelles menyelubun­gi kemenangan Newcastle. Newcastle, yang belum memenangi Piala FA sejak 1955, menanti kunjungan Watford pada perlawanan pusingan keempat.

Pada perlawanan ulangan lain, Sheffield Wednesday menempah pertemuan menentang Chelsea apabila menewaskan Luton 1-0. Wednesday masih tanpa pengurus tetap sementara menunggu Steve Bruce men-

Kami mendahului 2-0 dan kemudian Blackburn beraksi dengan baik tetapi kami bangkit semula, jadi saya gembira dengan usaha dan komitmen pemain. Pemain muda beraksi dengan baik.

(kanan) melepaskan rembatan dari luar petak penalti sebelum menjaringk­an gol keempat Newcastle pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA menentang Blackburn di Ewood Park, Blackburn kelmarin.

gambil alih tugas secara tetap pada 1 Februari.

Tetapi kelab Liga Kejuaraan itu mengelak kejutan di Kenilworth Road apabila menentang kelab Liga Satu, yang memburu kenaikan liga selepas 13 perlawanan tanpa kalah.

Atdhe Nuhiu menjaringk­an gol tunggal kemenangan Wednesday pada minit ke-46.

Luton hampir mengikat kedudukan ketika berbaki 13 minit permainan apabila penjaga gol James Collins menepis tandukan Sonny Bradley dan terkena palang.

Bekas pengurus Luton, Nathan Jones, yang melepaskan jawatan untuk mengisi jawatan di Stoke City, bagaimanap­un memulakan tugasnya dengan kekalahan kepada kelab divisyen tiga, Shrewsbury 2-3.

Stoke sudah membayangk­an penyingkir­an apabila dua gol Tyrese Campbell meletakkan Shrewsbury seleasa di hadapan.

James Bolton merapatkan kedudukan ketika berbaki 19 minit permainan sebelum Fejiri Okenabirhi­e mengikat kedudukan dari satu tendangan penalti pada minit ke-77.

Josh Laurent melengkapk­an kemenangan hebat Shrewsbury dengan gol kemenangan pada minit ke-81, untuk mengesahka­n pertemuan menentang Wolves di pusingan keempat. — AFP

 ??  ?? PEREZ
PEREZ
 ??  ?? BENITEZ
BENITEZ
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia