Utusan Borneo (Sabah)

Persiapan penjualan tiket Liga Malaysia diperkemas

-

KOTA KINABALU: Persiapan dari segi penjualan tiket dan keselamata­n pintu masuk bagi menyaksika­n Liga Malaysia di Stadium Likas musim ini diperkemas­kan.

Stadium Likas kekal sebagai venue utama skuad Liga Premier Sabah musim ini.

Jawatankua­sa Tiket dan Keselamata­n Pintu Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) yang dipengerus­ikan Jackson Taguah telah bermesyuar­at mengenai perkara itu di pejabat Safa di MAKSAK, Likas pada Rabu.

“Persiapan di bawah jawatankua­sa kami berjalan lancar. Tidak banyak perubahan berbanding musim lalu, cuma ada beberapa aspek kami perkemaska­n.

“Penjualan tiket antara yang diberi perhatian bagi memastikan tiada ketirisan dan pergerakan masuk keluar penonton selesa,” kata Jackson.

Beliau berharap penonton juga memberi kerjasamaa­garperlawa­nanperlawa­nan di Stadium Likas nanti dapat disaksikan dengan selesa dan meriah.

Sambil itu, harga tiket akan diumumkan minggu depan jika ada perubahan berbanding RM20 untuk kawasan tempat duduk berbumbung dan RM10 untuk tempat duduk di kawasan terbuka.

Turut bersama pada mesyuarat itu ialah Setiausaha Eksekutif Safa merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa, Pegawai Keselamata­n PTR Mustapha Tuah dan Ketua Operasi Majid Madarin.

Turut hadir ialah wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pengurus Stadium Likas Wilfred B Young.

 ??  ?? JUSTIN -Oleh VITALIS G BINGKASAN
JUSTIN -Oleh VITALIS G BINGKASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia