Utusan Borneo (Sabah)

Pesanan ringkas selamatkan pemancing hilang

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

“Saya karam. Minta bantuan segera, tidak jauh dari lampu”.

Demikian pesanan ringkas daripada pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki karam di perairan Pulau Kalambunia­n di sini, petang Selasa.

Mesej yang dihantar kepada rakannya menerusi aplikasi

WhatsApp kemudianny­a dimajukan kepada pihak berkuasa termasuk Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan komuniti nelayan lain sebelum tindakan menyelamat dilaksanak­an segera.

Pengarah Maritim Sabah Laksamana Madya (Maritim) Kamaruszam­an Abu Hassan berkata mangsa, Liew Fui Hyung, 49, ditemukan pada kedudukan 19.8 batu nautika barat daya Tanjung Simpang Mengayau di sini.

“Sebaik menerima maklumat kehilangan mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanak­an seluas 254 batu nautika dengan keupayaan lima aset termasuk APMM, polis dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Pasukan bomba melakukan operasi pencarian di pesisir pantai manakala Pasukan Gerakan Udara (PGU) turut menjalanka­n pemantauan dari kawasan udara,” katanya sambil menambah Komuniti Nelayan Kudat turut membantu usaha pencarian ini.

Menurutnya mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan selamat berikutan mangsa ada memakai jaket keselamata­n kira-kira jam 1 petang.

“Jaket keselamata­n adalah antara salah satu faktor yang mampu membuatkan mangsa bertahan sehingga ditemukan pasukan SAR dan komuniti nelayan dinasihatk­an untuk memakai jaket ini sepanjang berada di laut,” katanya.

Sementara itu Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Saidi Tabin berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat digerakkan bagi menjalanka­n pencarian hari kedua.

“Anggota kita bergerak dari BBP Kudat dan tiba di Simpang Mengayau jam 6.36 pagi sebelum operasi SAR dijalankan di kawasan pesisiran pantai.

“Operasi bagaimanap­un ditamatkan jam 2.15 petang selepas mangsa berjaya ditemukan oleh bot nelayan tempatan pada jam 1.45 tengah hari,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN bot mangsa yang karam di perairan Kalambunia­n kira-kira jam 4.42 petang Selasa. RAKAN nelayan menunda bot mangsa ke Jeti Marina di sini selepas menemukan mangsa yang terapung di lautan.
KEADAAN bot mangsa yang karam di perairan Kalambunia­n kira-kira jam 4.42 petang Selasa. RAKAN nelayan menunda bot mangsa ke Jeti Marina di sini selepas menemukan mangsa yang terapung di lautan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia