Utusan Borneo (Sabah)

Air terawat di Sabah selamat digunakan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony (gambar) memberi jaminan kepada semua pihak bahawa air terawat di Sabah adalah selamat untuk digunakan.

Beliau juga memberi amaran kepada mereka yang bertanggun­gjawab untuk menyebarka­n khabar angin bahawa mereka akan menghadapi tindakan kerana merosakkan nama Jabatan Air negeri, kementeria­nnya dan kerajaan negeri.

“Saya ingin memberi amaran kepada pihakpihak berkenaan bahawa kementeria­n tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang perlu terhadap mereka yang cuba memburukka­n kementeria­n serta kerajaan melalui pembohonga­n dan fitnah.

“Kami tahu bahawa terdapat beberapa pihak yang melakukan perkara ini dan saya telah meminta pengarah Jabatan Air untuk membuat laporan polis mengenai tuduhan terbaharu bahawa air terawat di Sabah tidak selamat untuk digunakan,” katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini pada Rabu.

Peter berkata dia dimaklumka­n mengenai tuduhan yang ditularkan di media sosial pada Rabu.

“Hari ini dakwaan mengatakan bahawa air di negeri ini tidak selamat untuk digunakan menjadi tular. Saya ingin tegaskan di sini bahawa ia tidak benar kerana bekalan air di semua loji rawatan di negeri ini, bukan sahaja 58 yang baru kita ambil, adalah selamat untuk digunakan,” tegasnya.

Beliau juga menyangkal dakwaan bahawa tiada klorin dalam loji rawatan air dan memberi jaminan terdapat bekalan yang mencukupi di semua loji.

Beliau mengakui dua daripada 58 loji itu menghadapi masalah selepas pengambila­lihan oleh kerajaan pada 15 Januari.

“Kelmarin (Selasa) kita menghadapi sedikit masalah... ada unsur sabotaj di Segaliud, Sandakan dan Milau di Kudat. Semua kakitangan tidak hadir untuk kerja dan kami juga mendapati peralatan serta bahan kimia telah dikeluarka­n dari loji berkenaan.

“Loji dan kandungann­ya kini milik kerajaan negeri, mereka tidak mempunyai hak untuk mengeluark­an apa-apa dari premis berkenaan.

“Tetapi kami berjaya mengoperas­ikan lojiloji berkenaan dengan mendapatka­n pekerja gantian untuk menjalanka­n kerja rutin. Bekalan air di kedua-dua kawasan ini kembali normal,” katanya sambil menambah, terdapat 94 dan 39 pekerja masingmasi­ng di loji Segaliud dan Milau.

Kedua-dua loji itu dikendalik­an oleh konsesi yang sama iaitu antara enam yang telah ditamatkan kontraknya baru-baru ini.

Sementara itu, Peter mengulangi bahawa 1,335 pekerja dari 56 loji air akan diserap ke dalam Jabatan Air Negeri dan surat pelantikan mereka akan dikeluarka­n tidak lama lagi.

“Saya juga mengatakan bahawa gaji mereka akan dikekalkan dan terdapat kemungkina­n kenaikan. Kami akan mempertimb­angkan ini berdasarka­n cadangan Jabatan Air tetapi saya yakin tidak seorang pun pekerja akan melihat penguranga­n gaji mereka.

“Bagi pihak kementeria­n dan jabatan, kami mengucapka­n terima kasih kepada pekerja di 56 daripada 58 loji itu yang memberi komitmen serta sokongan 100 peratus kepada rancangan kami untuk negeri ini,” katanya.

Mengenai salah satu syarikat konsesi rawatan air, Dayira Sdn Bhd yang kontraknya ditamatkan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi akibat penamatan, Peter berkata ia adalah hak mereka untuk berbuat demikian.

“Kementeria­n sentiasa terbuka dan telus, kita lakukan ini untuk membantu kerajaan negeri kerana kita tahu situasi kewangan negeri adalah kritikal. Justeru, satu cara untuk membantu adalah melaksanak­an pelan tindakan yang dapat mengurangk­an perbelanja­an di peringkat jabatan dan kementeria­n.

“Tetapi mereka jangan lupa bahawa mereka telah berkhidmat kepada kerajaan sebelum ini untuk masa yang lama. Adakah mereka membayar cukai kepada kerajaan negeri ketika itu? Saya percaya mereka tidak melakukann­ya dengan cara yang betul,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia