Utusan Borneo (Sabah)

Kawalan rabies di sempadan diperketat

Jabatan Perkhidmat­an Veterinar laksana program suntikan vaksinasi

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS memberikan suntikan kepada salah seekor haiwan peliharaan penduduk.

KENINGAU: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah melalui Jabatan Perkhidmat­an Veterinar memperketa­tkan kawalan di kawasan persempada­nan negeri ini bagi mengelakka­n wabak rabies merebak ke negeri ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof berkata, usaha itu dilakukan melalui suntikan vaksinasi rabies kepada anjing-anjing khususnya di kawasan sempadan seperti di Sipitang, Tawau, Kalabakan dan Nabawan.

Katanya, tujuan suntikan vaksin adalah bagi mengelakka­n daripada anjing yang terdapat di negeri ini dijangkiti penyakit berkenaan.

“Seperti yang sedia maklum, Sabah dan Sarawak sejak tahun 2004 telah diisytihar­kan sebagai bebas daripada penyakit rabies sehingga pada tahun lalu, di mana negeri Sarawak dikejutkan dengan jangkitan rabies dan kita yakin penyakit ini datang dari Tebedu, Kalimantan Indonesia yang bersempada­nan dengan negeri Sarawak.

“Walaupun Sabah masih bebas daripada penyakit ini, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sabah sentiasa mengambil langkah bersiap sedia dan telah memantau semua pintu masuk ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Vaksinasi Rabies Pada Anjing, anjuran Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sabah Wilayah Keningau yang diadakan di Daerah Kecil Pagalungan, di sini pada Selasa.

Daud berkata, program suntikan vaksin itu menyasarka­n 500 ekor anjing dari Bantul sehingga ke Jeti Salung, di sini, yang dijalankan selama tiga hari bermula pada Selasa.

Berkenaan dengan anjing-anjing yang dibawa masuk ke negeri ini, beliau mengingatk­an agar masyarakat mematuhi peraturan undang-undang.

Selepas program itu, Daud turut meninjau pusat penternaka­n Jabatan Perkhidmat­an Veterinar di Nabawan.

 ??  ?? DAUD
DAUD
 ??  ?? DAUD merakamkan gambar kenangan bersama ahli rombongan sempena program itu.
DAUD merakamkan gambar kenangan bersama ahli rombongan sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia