Utusan Borneo (Sabah)

MyCorps bantu tingkat kehidupan masyarakat pedalaman

-

MyCorps di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan yang dilaksanak­an di pedalaman Baram khususnya Telang Usan dapat membantu menaik taraf kehidupan masyarakat di situ.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telang Usan Dennis Ngau berkata, beliau amat mengalu-alukan program komuniti sosial yang dapat membantu dan menambah pengetahua­n masyarakat pedalaman untuk maju.

“Saya gembira dan mengalu-alukan pasukan daripada MyCorps untuk datang ke kawasan saya Telang Usan dan menjalanka­n kerja-kerja sukarela mereka untuk penghuni rumah panjang.

“Usaha untuk membangunk­an kawasan luar bandar seperti Telang Usan memerlukan usaha semua pihak sama ada dari kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat,” katanya.

Dennis berkata demikian semasa lawatan bersama Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia Datuk Hatipah Ibrahim, beserta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri ke lokasi Long Ikang, Baram Tengah baru-baru ini.

Semasa di sana, Dennis dan rombongan melawat Projek Penapisan Air Sungai yang akan memberi manfaat kepada orang kampung di musim kemarau, di mana akses kepada air bersih mereka adalah dari air hujan sahaja.

Lawatan diteruskan ke Projek Cendawan Tiram Kelabu di mana kursus penanaman cendawan tiram telah diadakan lebih awal dan menerima penglibata­n dari empat buah kampung.

Sebuah koperasi terbiar di Kampung Long Ikang akan digunakan sebagai tempat penanaman cendawan tersebut. Projek Cendawan ini merupakan inisiatif ‘Social Enterprise’ peserta MyCorps di Long Ikang.

Dennis berharap, maklumat yang diperolehi MyCorps di Long Ikang dapat memberi memberi maklumat dan pengetahua­n kepada kerajaan untuk untuk merancang dan melaksanak­an projek-projek di situ.

Pasukan MYCORP berada di Long Ikang selama enam minggu bermula awal Disember lalu.

Hadir sama Pengarah Unit Rakan Muda Pembanguna­n Hartini A. Jabbar, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Malaysia Nageshwary a / p Thiagaraja­n, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri Lamat Nyalau, Ketua Masyarakat Baram Hilir Penghulu Theodorus Lenjau Kuleh, Ketua Wanita Long Ikang Catherina Madang dan penduduk kampung dari Long Banyok dan Logan Sibong.

 ??  ?? KENANGAN para pelajar mobiliti UMS bersama pasangan Cindy dan Ricky.
KENANGAN para pelajar mobiliti UMS bersama pasangan Cindy dan Ricky.
 ??  ?? FOTO kenangan pengantin bersama ahli keluarga dari Sweden, Keningau dan Membakut.
FOTO kenangan pengantin bersama ahli keluarga dari Sweden, Keningau dan Membakut.
 ??  ?? DENNIS merasmikan projek Projek Cendawan Tiram Kelabu, sambil disaksikan Hatipah, Catherina dan ahli projek MyCorp yang lain.
DENNIS merasmikan projek Projek Cendawan Tiram Kelabu, sambil disaksikan Hatipah, Catherina dan ahli projek MyCorp yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia