Utusan Borneo (Sabah)

Hantar anak ke organisasi sukarela pendidikan sementara tunggu status warganegar­a

-

bapa yang anak mereka masih dalam proses permohonan status kewarganeg­araan atau tercicir disebabkan kemiskinan boleh menghantar anak ke organisasi sukarela pendidikan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, ia bagi mengelakka­n anak mereka jauh ketinggala­n dalam pelajaran sekiranya mereka memasuki sekolah biasa selepas mempunyai dokumen nanti.

“Misalnya, Persatuan Pendidikan D’Wira ini ia menyediaka­n kanakkanak dengan pendidikan sementara mereka menunggu proses status kewarganeg­araan diluluskan.

“Sebaik sahaja mempunyai dokumen mereka boleh ke sekolah tanpa ketinggala­n dari segi pelajaran, memandangk­an di sini ia mengikut silibus yang digunakan kanak-kanak sekolah di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Persatuan Pendidikan D’Wira yang dihadiri pengasas dan pengurus persatuan Jap Siew Moi di Kuching, pada Selasa.

Tambahan kata Fatimah, persatuan berkenaan mengajar kanak-kanak mengikut peringkat umur bermula prasekolah hingga peringkat menengah.

Katanya, setengah daripada jumlah kanakkanak yang mendaftar di persatuan pendidikan berkenaan kini masih menunggu status permohonan dokumen mereka, selain kanak-kanak tercicir sekolah disebabkan kemiskinan.

“Maka itu, kita amat menghargai usaha yang dijalankan sukarelawa­n organisasi ini khasnya pengasas dan pengurus persatuan Jap Siew Moi yang membantu kanak-kanak ini.

“Selain itu, beliau juga membantu ibu bapa menguruska­n dokumen di Jabatan Pendaftara­n Negara serta membantu mereka menguruska­n persekolah­an di Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya.

Selain itu kata Fatimah, antara organisasi sukarelawa­n yang turut menawarkan pendidikan percuma kepada kanakkanak berkaitan ialah Destiny For Children di Sibu yang dikendali dan dibantu pihak gereja.

Katanya, kerajaan melalui kementeria­n amat menghargai usaha yang diwujudkan oleh golongan sukarelawa­n dan percaya terdapat juga organisasi seumpama itu di Miri dan tempat lain.

Sementara itu, Jap berkata Persatuan Pendidikan D’Wira yang ditubuhkan pada 2009 sebelum ini terletak di Desa Wira, Batu Kawa sebelum dipindahka­n ke premis baharu mereka di Jalan Sky Garden, Swee Joo Park.

“Persatuan sehingga kini mempunyai 110 pelajar berusia tiga tahun hingga 19 tahun dan beroperasi dua sesi.

“Dari aspek guru kita masih mencukupi melainkan ada pertambaha­n para pelajar kita dan kita hanya mengenakan yuran hanya RM20 sebulan,” katanya sambil memberitah­u ia bagi menampung kos makan minum kanak-kanak serta operasi lain.

 ??  ?? FATIMAH melakukan simbolik penyerahan dokumen kewarganeg­araan salah seorang pelajar di Persatuan Pendidikan D’Wira kepada Jap (dua kiri) sambil disaksikan yang lain.
FATIMAH melakukan simbolik penyerahan dokumen kewarganeg­araan salah seorang pelajar di Persatuan Pendidikan D’Wira kepada Jap (dua kiri) sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia