Utusan Borneo (Sabah)

Rantaian perintah di pantai timur perlu diperbetul­kan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Rantaian perintah di pantai timur Sabah perlu diperbetul­kan lagi bagi memastikan keberkesan­an peranan agensi keselamata­n dalam mengekang kemasukan anasir luar ke negara ini.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Lt Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain berkata sepertiman­a sedia maklum, Sabah dijaga Task Force 450. Bagaimanap­un, di bahagian pantai timur terbahagi kepada Esscom yang menjaga kawasan sektor manakala pesisir pantai dijaga Panglima Angkatan Bersama.

“Sistem sedia ada itu perlu dibincangk­an secara lebih terperinci serta ada masalah teknikal yang perlu diselesaik­an.

“Saya rasa kita tunggu daripada pihak tertinggi supaya perkara ini dapat diselesaik­an agar ia lebih efisien dan sistematik di masa akan datang,” katanya.

Zambrose berkata

‘Chain of Command’ perlu diperbetul­kan lagi tetapi sistem sedia ada tetap berjalan dan boleh melaksanak­an tugas, namun ia perlu diperbaiki dan dibincangk­an antara agensi yang ada di pantai timur Sabah.

“Pihak tertinggi termasuk Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sedang berbincang bagaimana memperhalu­si supaya ia lebih efisien dan sesuai serta tersusun antara agensi sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai keadaan keselamata­n di pantai timur Sabah serta kaedah sesuai bagi menangani kes penculikan di kawasan terbabit.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong berkata isu keselamata­n dan kejadian penculikan di Sabah perlu difahami dan diteliti dengan lebih mendalam.

“Kerajaan sedar isu ini sangat mencabar dan tindakan yang akan dilaksanak­an perlu diteliti bagi menghadapi cabaran di pantai timur Sabah ini.

“Beberapa langkah khusus perlu dipertingk­atkan lagi dan kita harapkan isu ini dapat diselesaik­an segera melalui kemampuan yang ada pada agensi keselamata­n di negara ini,” katanya.

 ??  ?? ZAMBROSE (kiri) dan Liew (kanan) semasa sidang media pada Khamis.
ZAMBROSE (kiri) dan Liew (kanan) semasa sidang media pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia