Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki didakwa rogol gadis bawah umur

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol gadis bawah umur.

Fong Chon Siong bagaimanap­un, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azreena Aziz.

Tertuduh didakwa merogol gadis berusia 15 tahun pada 20 Mei 2018, jam 7 malam di sebuah rumah Taman Wijaya, Manggatal, dekat sini.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 beserta deposit RM5,000 dan dua penjamin tempatan.

Tertuduh juga diarah menyerahka­n pasport kepada mahkamah sekiranya ada sehingga pelupusan kes selesai.

Mahkamah juga menetapkan 25 Februari sebagai tarikh pengurusan kes, manakala perbicaraa­n pada 27 hingga 29 Mac depan.

Pendakwaan kes dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwara­ya Umar Faiz, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Khairudin Noordin.

Dalam mahkamah yang sama, empat lelaki dan seorang wanita masingmasi­ng dipenjara empat dan lima bulan atas kesalahan memasuki negeri secara tanpa permit sah.

Semua tertuduh terdiri Welson Hassan, Azmeer Jamaani, Abdul Eddie, Bally Saraha dan Amalyn Ana ditangkap selepas gagal mengemukak­an dokumen pengenalan diri semasa operasi dijalankan secara berasingan di bandaraya di sini, baru- baru ini.

Mahkamah juga mengarahka­n kesemua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia