Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama dengan kerajaan modenkan pertanian: Uggah

Lebih banyak syarikat anchor diharap tampil bantu Sarawak melangkah dari pertanian konvension­al kepada moden

-

KUCHING: Lebih banyak syarikat utama atau syarikat anchor digalak bekerjasam­a dengan kerajaan negeri dalamusaha­membangunk­an sertamemod­enkanperta­nian di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerjasama itu diyakini dapat membantu Sarawak melangkah dari sektor pertanian konvension­al kepada sektor pertanian lebih moden.

Menurutnya, ini sekali gus meningkatk­an produktivi­ti pertanian Sarawak selaras dengan matlamat menjadi negeri pengekspor­t bersih makanan menjelang 2030.

“Namun,kitamahusy­arikat anchor ini mempunyai ciriciri seperti pengalaman dalam aktiviti hiliran, memiliki kemudahan dan pengetahua­n memproses, selain aspek pemasaran.

“Sebaik sahaja mempunyai rantaian bekalan ini, maka senang untuk kita membantu pekebun sama ada pekebun kecil atau sederhana meneroka peluang dalam apa sahaja tanaman mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan dan menyaksika­n pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara kerajaan negeri yang diwakili Jabatan Pertanian Sarawak dan syarikat anchor, Lotus Farm Agritech Sdn Bhd di sini, Rabu.

Hadir sama Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Pemangku Pengarah Jabatan Pertanian Dr Alvin Chai, Timbalanny­a Ngab Dollah Salam dan dua Pengarah Lotus Farm Agritech Sdn Bhd Fabian Ng serta Hong Boon Kheng.

Mengulas lanjut, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, sehingga kini kerajaan negeri bekerjasam­a dengan beberapa syarikat anchor termasuk berkaitan durian, kelapa dan kelulut menerusi perjanjian yang ditandatan­gani beberapa bulan lepas.

Katanya, kerjasama terbaharu adalah dengan Lotus Farm yang mempunyai pengalaman menanam buah-buahan seperti golden melon menerusi penggunaan rumah hijau, sistem fertigasi selain pengalaman dalam pemasaran.

“Maka itu, MoU yang ditandatan­gani hari ini (semalam) antaranya bertujuan mewujudkan hubungan kerjasama dalam pertanian fertigasi dan kita melihat syarikat ini telah menggunaka­n sistem fertigasi yang berjaya.

“Hala tuju MoU kita juga untuk meneroka peluang pertanian teknologi yang ada daripada syarikat khasnya sistem fertigasi ini,” katanya.

Sementara itu, Lotus Farm terdiri daripada pasukan pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pertanian, baja, penanaman dan pemasaran dan matlamat mereka ialah menjadikan Sarawak pangkalan untuk pertanian moden yang mampan, selain mencipta semula sektor pertanian sebagai industri moden untuk Sarawak.

Antara produk terkenal Lotus Farm adalah golden melon dengan kitaran penanaman empat kali setahun yang ditanam di rumah hijau dengan saiz 2,400 kaki persegi.

 ??  ?? UGGAH (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Chai (dua kiri) mewakili Jabatan Pertanian dan Ng (dua kanan) mewakili Lotus Farm. Turut kelihatan Dr Abdul Rahman (kiri) dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datu Ik Pahon (kanan).
UGGAH (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara Chai (dua kiri) mewakili Jabatan Pertanian dan Ng (dua kanan) mewakili Lotus Farm. Turut kelihatan Dr Abdul Rahman (kiri) dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datu Ik Pahon (kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia