Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah Venezuela penjara 12 ejen perisikan

Kerana ‘salah guna kuasa, sekat kebebasan secara tidak sah’ dalam penahanan seketika presiden parlimen

-

CARACAS: Seramai 12 ejen perisikan telah dihantar ke penjara oleh mahkamah di Venezuela pada Rabu berhubung penahanan seketika presiden parlimen Juan Guaido, kata sumber kehakiman.

Mahkamah Caracas menahan reman ejen-ejen tersebut dalam penahanan pra-perbicaraa­n selepas mereka dituduh “menyalahgu­na kuasa, mengehad kebebasan secara tidak sah, dan bersekongk­ol untuk melakukan jenayah”.

Guaido sedang menuju ke satu perhimpuna­n politik di luar ibu negara Venezuela pada Ahad lepas apabila keretanya dihentikan di sebatang lebuh raya dan beliau ditahan seketika oleh ejen SEBIN.

Kerajaan Presiden Nicolas Maduro menafikan tahumenahu tentang operasi itu dan pada mulanya mendakwa empat ejen yang terlibat sudah dipecat.

Maduro melabel seluruh insiden itu sebagai “sarkas media” dan menuduh ejen terbabit berkonspir­asi dengan pembangkan­g di Venezuela.

Sementara itu Guaido membalas dengan mengejek Maduro dan mempersoal­kan kuasanya ke atas agensi keselamata­n negara.

“Jadi Maduro tidak lagi menguasai angkatan tentera kerana rantaian perintah sudah putus,” kata Guaido.

“Siapakah memerintah rejim sekarang? Jika mereka sudah mengakui mereka tidak menguasai agensi keselamata­n negara, terdapat masalah yang serius di Miraflores,” tambahnya yang merujuk kepada istana presiden.

Guaido selama ini cuba menarik sokongan daripada angkatan tentera tatkala beliau mengetuai usaha pembangkan­g untuk menyingkir­kan Maduro dari kuasa dan menubuhkan kerajaan peralihan.

Namun Maduro masih menerima sokongan daripada barisan kepimpinan angkatan tentera, yang pada minggu lepas menjanjika­n “kesetiaan mutlak”.

Guaido menjanjika­n “pengampuna­n am” bagi manamana anggota tentera yang menolak Maduro dan mengumumka­n protes rakyat pada minggu depan.

Dewan Negara, yang dikuasai pembangkan­g dan diketuainy­a, lumpuh sejak Mahkamah Agung yang penuh dengan hakim yang setia kepada Maduro melucutkan semua kuasanya pada 2017. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia