Utusan Borneo (Sabah)

Wanita kerugian RM7,500 selepas terperdaya rakan ditahan ‘kastam’

-

SIBU: Padah tidak membuat semakan terlebih dahulu, seorang wanita kerugian RM7,500 sebagai bayaran pembebasan rakannya yang ditahan ‘kastam’ di klia2 sedangkan situasi tersebut tidak berlaku.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengadu, 24, menerima satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai pegawai kastam dari klia2 pada 14 Januari lalu. “Pemanggil memaklumka­n pengadu bahawa rakannya Monica Raymond dari California telah ditahan pihak kastam kononnya atas kesalahan membawa wang tunai mata wang asing dalam jumlah yang banyak,” katanya dalam kenyataan media di sini,pada Khamis.

Katanya, pengadu telah diminta untuk membuat pembayaran ke akaun suspek bagi tujuan pembebasan.

Bimbang rakannya mengalami masalah, pengadu telah membuat pemindahan secara dalam talian ke akaun suspek.

Stanley berkata, pengadu telah membuat tiga kali pembayaran iaitu untuk tujuan melepaskan rakannya berjumlah RM2,000 dan pembayaran dokumentas­i pembebasan tahanan berjumlah RM4,000 pada 14 Januari dan pembayaran lebihan berat bagasi berjumlah RM1,500 pada 15 Januari.

“Pengadu hanya menyedari dirinya ditipu setelah membuat pembayaran keseluruha­n berjumlah RM7,500 dan apabila dia membuat semakan di klia2 dimaklumka­n tiada penahanan atas nama kenalan yang berkenaan,” jelas beliau.

Suspek telah memperdaya­kan pengadu untuk memindahka­n wang bagi tujuan pembebasan tahanan yang tidak wujud.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia